24 Julai 2010

PERMATA HATI KU


My Lovely Arina

Ini la permata hari aku. Yang berkaca mata tu Mohd Nazmi Irfan anak aku yang sulung . Yang belakang tu Mohd Nazirul irfan anak aku yang kedua. Dan yang tengah ini baby comel ni Nur Arina Iffah paling bongsu. Tanpa mereka siapa aku. Anak - anak ini nyawa bagi aku dan hubby aku. Mereka yang mengikat kasih sayang kami sekelurga.

Meh aku ceta sikit pasal anak aku yang sulung ni., abang ni hero computer and game. kalau tak dak semua hidup dia punyai la gelisah. Makan dan minum langsung tak dihiraukan. Janji komputer dangan game ada cukup la bagi dia. Sekarang dia berada di darjah 5. Tahun depan UPSR la. Ini pun hantu bola macam abah dia jugak. Petang ye hilang, gi main bola la. Mengalah world cup. Hahahahaha. Orangnya cukup sensetif kalau marah ye cepat merajuk. Macam abah dia jugak.

Yang kedua ni, aku and family semua panggil dia adik dan baby arina pun panggil dia adik. Itu yang lucu tu. Ini pun sama game,komputer dan kartun. bagi dia tv tu segala-galanya. Tapi dia rajin mengasuh adik dia. Dia rajin, senang disuruh dan cepat ambil tindakan. Dia tak aktif bola sebab dia cepat letih dan dia ada asthma sikit. So dia lebih suka duduk di rumah dengan kartun kegemarannya. Yang bestnya adik nih pasal makan No. 1 mengalah semua. Adik nih dia tak boleh lapar. Kalau lapar ye dah lembik. Sapa-sapa nak lawan makan boleh join dengan dia.

My sweet baby nih akan menyambut birthday dia pada bulan puasa so tak ada kek birthday. Kesian kat dia. Pada 25 Ogos nih baby arina genap la 2 tahun. Ohhhhhhhhhh dah besar pun anak mama. Boleh la tolong mama masak nanti. Sekarang dia la heroin kat dalam rumah nih semua orang tertumpu pada dia saja. Almaklum la seorang ye perempuan. Tapi diamacam lelaki sebabnya ada abang-abang yang lasak. So dia pun jadi lasak macam abang2 dia.

Ini la kisah anak-anak aku. Permata yang tiada nilai bagi aku dan hubby. bagi aku dan hubbya mereka la segala-galanya. Tanpa mereka hidup ii tidak sempurna. Mereka yang sedang membesar dan akan dididik dengan penuh perhatian dan kasih sayang. Bagi aku semua kena buat mudah untuk menguruskan anak-anak nih. Kalau tak mudah kena jugak buat mudah supaya mereka boleh ikut apa yang kita ajar.

BUAT ABANG , ADIK DAN ARINA MAMA SANGAT SAYANG PADA KAMU SEMUA....................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan