29 Disember 2014

UMRAH DISEMBER 2014 PART 1

Assalamualaikum buat semua bloggers yang dikasihi.
Salam sayang dari kota mekah al mukaramah.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk membuat ibadah umrah selama 12 hari Kota Madinah dan Kota Makkah.
Kenangan  yang pasti tidak akan dilupakan dan mohon diberi peluang lagi untuk ke sana.
Subanallah Alhamdulillah  Allahuakbar 
Cantik sungguh bumi cipta allah yang pasti setiap insan yang pergi pasti akan merasa tenang dan akan rasa ingin kembali lagi ke sana. Begitu jugak dengan aku yang pertama kali mengejak kaki ke sana pasti ingin datang lagi jika diberi peluang untuk aku dan keluarga dan diizinkan allah untuk ke sana lagi. Doa dipanjat semoga allah menjemput aku dan  keluarga untuk hadir ke rumahnya lagi pada tahun2 akan datang. Insyallah....
Sebelum aku memulakan pengembaraan umrah bersama keluarga sebelah suami dan keluarga abang iparku. Aku akan memperkenalkan seorang demi seorang keluarga yang turut serta dalam pengembaraan umrah pada kali ini.
Kak Roishah,  Nabila, Linda, Hjh Khalidah, Kak Yah, Arina, Kak Ngah, Syifa, Mak Ngah Fatinah, Kak Limah, Mak Rosnah, Kak Long Izzati, Hj Zamri, Ridzuan, Pakcik Zaidi, Hj Zainon, Abg Fuad dan Bazli.....

(Tuan Hj Zamri yang mengurus visa kami sekeluarga)

Berkat doa semua ahli keluarga kami semua sampai jugak bumi Jeddah...Madinah..Makkah

Perjalanan kami ini tidak menggunakan travel agensi hanya visa sahaja yang diambil melalui travel agensi yang lain semua diuruskan dengan sendiri dengan pertolongan kakak dan abang yang berada di Saudi. 

Pada mula kami ingin menggunakan travel agen dari syarikat Andalusia. Tetapi abang aku telah mencadangkan supaya  membuat  perjalanan sendiri kerana ramai yang turut  serta dan boleh membuat sedikit budget travel umrah tetapi boleh duduk di hotel bertaraf 5 bintang dan penerbangan menggunakan Malaysia Airlines.

Mula2 terasa macam tak yakin sebab selalu orang menunaikan umrah selalunya melalui travel agent. So takut jugak visa tak lepas atau sebaliknya. So bermula dengan pencarian peserta yang ingin turut serta semuanya adik beradik sahaja. Tidak ada langsung orang asing atau kawan2. Hanya lah keluarga  sebelah suami dan adik abang iparku.

So apabila senarai nama telah dapat aku dan suami memulakan langkah demi langkah bagi memastikan segala atau setiap maklumat lengkap dan jelas. Memandangkan kami merupakan pertama kali ke sana dan masih banyak lagi kena menuntut ilmu dari kursus2 dan dalam internet. Yang lain kebanyakan sudah bertitle haji dan hajah dan ada juga masih belum bertitle. hihihi

Aku dan suami merupakan orang kuat dalam mengambil segala maklumat setiap jemaah dan memberitahu apa yang patut dan bertanggungjawab terhadap semua sekali...

Rasa cam nak pengsan tapi allah bagi kekuatan untuk membantu semua jemaah supaya dapat melaksanakan ibadah umrah buat kami dan mereka dengan sempurna. Syukur allah tolong kami.

Segala persiapan dari segi tiket kapal terbang di booking oleh travel agensi memandangkan tiket yang dapat diambil hanya untuk 10 orang menggunakan nama kakak aku tetapi yang pergi 17 orang so terpaksa Tuan Haji Zamri membantu kami untuk membuat booking flight mas dan visa setiap orang.  Apabila selesai urusan booking tiket flight.  Kakak dan abang membuat tempahan hotel di Madinah dan Mekah serta makan 3 kali di Madinah dan bas yang boleh memuatkan kami semua. Tapi setiap booking hotel di perlukan  muaasah bagi tujuan umrah. Nasib baik la kakak aku menetap lama di Riyard so banyak lah kenalan dan urusan pun mudah dan pantas. 

Segala keperluan bagi jemaah kami meminta kakak di Changlon dan di N9 membantu kami. Mereka lebih experience dalam hal mencari barang dan keperluan umrah. So mereka listkan kepada kami sambil aku jugak mencari maklumat2 penting  dalam internet bagi memudahkan urusan umrah. 

Segala persiapan telah di persiapkan dan menunggu hari ye nak berlepas. Tapi visa masih belum diketahui lagi walaupun tempoh masa hanya tinggal 1 minggu. Segala cuti dan kebenaran untuk ke luar negara telah pun diluluskan dengan mudah sekali. Alhamdulillah.  

Memandangkan masa dah semakin hampir semua ahli keluarga sibuk mengadakan kenduri dan doa selamat tapi aku dan suami masih menunggu visa yang belum kunjung tiba. Dalam sibuk2 mereka membuat segala persiapan aku dikejutkan oleh kakak di waktu malam lebih kurang jam 11 malam yang menyatakan visa kami semua dah dapat lebih kurang 5 hari sebelum bertolak. Syukur alhamdulillah kepada allah kerana mengizinkan kami sekeluarga pergi untuk membuat ibadat kepadanya dengan mudah. Hati nih rasa bermacam2 perasan yang timbul..seronok..sedih...bimbang...semua aku dapat rasakan. 

Dengan tidak melengah lagi aku memaklumkan kepada ahli keluarga dalam whatsapp group yang menyatakan visa telah diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi. Apalagi riuh rendah dalam whatsapp yang tidak berhenti memanjatkan rasa bersyukur semua sekali. Ada yang sibuk nak packing beg dan bermacam2 ragam oleh ahli keluarga.  

Keesokan hari aku dan suami mula pergi mencari beg dan segala keperluan  yang belum ada dan start packing beg untuk 3 orang kami . Hati berdebar rasa cam tak sabar sangat nak tgk kaabah..nak masuk raudhah dan nak menziarahi Makam Rasullah. Segala2 ada di dalam hati. Aku yang masih bekerja sehingga hari terakhir iaitu 9.12.2014 menghabiskan semua kerja2 sebelum aku start cuti mulai 10.12.2014 sehingga 28.12.2014...huhuhu lama tu...membuat dan membahagikan kerja kepada staf lain bagi memudahkan mereka berurusan semasa ketiadaan aku.  Mohon allah permudahkan segala urusan pejabat dan ibadah umrahku. Suamiku jugak begitu sehingga hari terakhir masih bekerja dan membereskan segala urusannya.

Dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci  aku dan suami mengadakan doa selamat dan majlis kesyukuran di rumah dan menjemput jiran2 sahaja. 

10.12.2014

Hari yang di tunggu telah datang. Segala persiapan dan buku2 keperluan telah dibawa dan dihafal. Insyallah semoga allah permudahkan perjalanan kami untuk melakukan umrah.

Tepat jam 4.30 pagi semua anak2 dan bangun termasuk abang nazmi dan nazirul yang tidak turut dalam perjalanan tersebut. Mereka tinggal dirumah berdua dan ditemani oleh seorang sepupu yang sedang bercuti. 

Segala persiapan telah tersedia, hanya menunggu subuh dan tok iman dari Surau Al Siddiq Taman Tunku Sarina yang akan membuat sedikit doa perjalanan buat kami bertiga sebelum menuju ke Airport Sultan Abdul Halim Kepala Batas Alor Setar. Jiran sebelahku En Fadzil yang menghantar kami sekelurga ke Airport. 

Tetapi di rumah bapa mertua ramai yang telah berhimpun di sana termasuk kak ipar kak fatinah dan syifa  dari Changlon....Abang Fuad dan Kak Halimah dari Alor Setar serta Ayah dan Mak.  Mereka telah bertolak dari Simpang Empat jam 5.30 pagi dan bersembahyang Subuh di Masjid Titi Gajah dan Masjid Kepala Batas. 

Tepat jam 6.45 pagi aku dan keluarga bertolak dari rumah ke Airport Sultan Abdul Halim untuk membuat check in bagasi. Memandangkan check in penumpang telah dibuat sehari sebelum tarikh tersebut.  Maka hanya bagasi saja perlu di check in. Syukur semua selamat dan sempurna di aturnya dan ada jiran dan saudara mara yang turut serta menghantar kami dan keluarga  di Airport. Riuh rendah la...ada yang tak tahan air mata dan bermacam2. Aku dan suami cool ye tapi dalam hati sapa yg tahu sedih meninggalkan dua orang anak lelaki.

Apabila selesai bersalam  dan berpeluk cium bersama keluarga tiba masa untuk masuk ke dalam. Kami menaiki pesawat Malaysia Airlines tetapi delay sedikit. 

Tepat jam 9.00 flight MAS selemat berlepas di ruang udara  dan tiba di KLIA  pada jam 10 pagi. Selesai segala bagasi. Kami berjalan menuju ke Tingkat 5 Perlepasan Antarabangsa untuk berjumpa dengan kaum keluarga dari Bidor, Perak dan Negeri Sembilan. 

Wah meriah dengan sanak saudara dari N9 yang menghantar. Riuh rendah di KLIA kerana banyak tetamu allah yang akan berangkat bersama kami dan berlainan flight.  Rasa cam tak sabar sangat untuk sampai ke sana.

Tepat jam 11 pagi Haji Zamri telah bersedia memberi bantuan untuk check in di kaunter MAS. So aku dan suami yang handle  semua bagasi2 keluarga untuk melepasi kaunter pendaftaran. Alhamdulillah segalanya telah selesai dengan selamat sementara menunggu jam 3 petang untuk bertolak.  Kami semua gi makan dulu isi perut yang masih kosong nih ...rehat jap...solat zohor dan terus masuk ke ruang menunggu. Alhamdulillah semua selamat tanpa apa2 sekatan. Syukur sangat.

Sambil berada di ruang menunggu sempat lak Abang Fuad bersalam dengan Aziz M. Osman yang naik flight yang sama dengan kami untuk menunaikan umrah bersama anak2 dan ibu beliau serta keluarga.  

Bergambar sebelum menaiki pesawat

Urusan check in

Menunggu di ruang menunggu pesawat

Sempat tukar sedikit riyal. Yang lain dah booking. 

Abg Fuad...Mak...Ayah...Kak Nah...Syifa
Ready to fly

Alhamdulillah kami melepasi ruang udara KLIA jam 3.15 waktu Malaysia. Dijangka tiba jam 7.30 malam waktu Saudi di Jeddah Airport. Lebih kurang 8 jam 46 minit.

Tak sampai setengah jam  di udara. Makanan siap terhidang  wah nasi briyani lagi....air epal...kek...buah ...aduh sedap  gak...

Lepas tu masing2 tidur kekenyangan. Aku dan Nur Arina yang tak tidur... asyik melayan dia sembang sampai tak sedar ada pengumuman memaklumkan bahawa miqat di Qurnul Manazil. Ramai jugak jemaah yang telah miqat di sini. Semua telah bersiap sedia memakai ihram. 

Pilot memaklumkan bahawa penerbangan akan spai ke Jeddah lebih kurang 2 jam lagi. Hidangan kedua telah disediakan wah sedapnya nasi kashbah dan spaghetti....boleh pilih yang mana suka. Memandangkan kelaparan jugak aku memilih nasi jgk unyuk hidangan kedua. Wah sedap...ada kek ... vegetables... yogurt...roti...jem...butter...wah sedap bersama air epal.

Aircrew memaklumkan bahawa kita akan spai lebih kurang 20 hingga 30 minit. Excited sangat nak spai jeddah. Rasa cemas...gembira...gentar...semua perasan dapat  dirasai. 

Alhamdulillah kami mendarat tepat jam 7.35 malam di King Aziz Airport Jeddah. Pertama kali berada di Jeddah dan memasuki negara Saudi. Sujud syukur kepadanya dengan izinnya aku spai ke sini.

So rehat dulu kita sambung ke episode seterusnya. 






  










02 Disember 2014

Persiapan untuk menunaikan Umrah

Assalamualaikum  buat semua bloggers yang di kasih. Salam sayang yang tidak terhingga. Alhamdulillah allah diberikan lagi nafas dan otak untuk berfikir dan tangan yang masih boleh menaip sedikit cebisan nota untuk semua.

Sujud syukur kepadanya diberikan kesempatan lagi untuk menulis coretan yang tak seberapa nih.

Bukan malas tapi banyak kerja yang terpaksa dilaksanakan sebelum aku dijemput untuk mengerjakan umrah pada Disember ini. Aku terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk belajar dan terus belajar dan memahami pengertian umrah dan jugak segala persiapan yang diperlukan sebelum melangkah menunaikan umrah.

Terasa hati sangat sayu dan sedih kerana allah sayang akan aku dan telah dijemput olehnya untuk pergi  ke rumah dan tempat yang paling istimewa.

Rasa macam tak percaya apabila dijemputnya. Segala persiapan dari segi termasuk baju, barang yang perlu di bawa dan persiapan kepada anakku yang berumur 6 tahun serta barang keperluan untuk suami.  Semua dihandle oleh aku.

Sejak merancang untuk menunaikan umrah pada bulan April yang lepas aku bercadang untuk  memilih pakej andalusia saja tetapi abang dan kakak yang berada di Riyard Saudi memberi pandangan supaya kami sekeluarga dan keluarga sebelah  suami tidak perlu ikut pakej memandangkan abang dan kakak aku boleh uruskan semua keperluan yang patut. Aku hanya mengikut saja. Dari mula permohonan visa sehinggalah menempah hotel dan bas segala tiket penerbangan dibuat secara sendiri dan dibantu oleh kenalan abang iaitu Haji Zamri dari Kowamas Travel yang banyak membantu kami.

Tunggu kisah kami sekeluarga seramai 17 orang menunaikan umrah pada 10 Disember 2014 hingga 21 Disember  2014 dengan  perjalanan sendiri tanpa travel agensi. Tunggu kisah menarik pengembaraan umrah yang menarik dari kami sekeluarga dengan  lebih lanjut.