Assalamualaikum buat semua bloggers yang di kasih. Salam sayang yang tidak terhingga. Alhamdulillah allah diberikan lagi nafas dan otak untuk berfikir dan tangan yang masih boleh menaip sedikit cebisan nota untuk semua.
Sujud syukur kepadanya diberikan kesempatan lagi untuk menulis coretan yang tak seberapa nih.
Bukan malas tapi banyak kerja yang terpaksa dilaksanakan sebelum aku dijemput untuk mengerjakan umrah pada Disember ini. Aku terpaksa menghabiskan masa yang banyak untuk belajar dan terus belajar dan memahami pengertian umrah dan jugak segala persiapan yang diperlukan sebelum melangkah menunaikan umrah.
Terasa hati sangat sayu dan sedih kerana allah sayang akan aku dan telah dijemput olehnya untuk pergi ke rumah dan tempat yang paling istimewa.
Rasa macam tak percaya apabila dijemputnya. Segala persiapan dari segi termasuk baju, barang yang perlu di bawa dan persiapan kepada anakku yang berumur 6 tahun serta barang keperluan untuk suami. Semua dihandle oleh aku.
Sejak merancang untuk menunaikan umrah pada bulan April yang lepas aku bercadang untuk memilih pakej andalusia saja tetapi abang dan kakak yang berada di Riyard Saudi memberi pandangan supaya kami sekeluarga dan keluarga sebelah suami tidak perlu ikut pakej memandangkan abang dan kakak aku boleh uruskan semua keperluan yang patut. Aku hanya mengikut saja. Dari mula permohonan visa sehinggalah menempah hotel dan bas segala tiket penerbangan dibuat secara sendiri dan dibantu oleh kenalan abang iaitu Haji Zamri dari Kowamas Travel yang banyak membantu kami.
Tunggu kisah kami sekeluarga seramai 17 orang menunaikan umrah pada 10 Disember 2014 hingga 21 Disember 2014 dengan perjalanan sendiri tanpa travel agensi. Tunggu kisah menarik pengembaraan umrah yang menarik dari kami sekeluarga dengan lebih lanjut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan