24 Julai 2011

18 Julai 2011

My Lovely Arina

PUDING AGAR-AGAR KOKTEL

Salam sejahtera di pagi Rabu ini.Sempatlah update menu semalam yang dibuat untuk menyedapkan tekak.Lebih2 lagi cuaca yang memang terik dan bahang nie....Segarkan badan dan tekak sekali....hahahaha.Tapi jangan makan selalu sebab nanti kencing manis....hehehe.Yang penting kurangkan gula dalam masakan dan lebihkan manis dalam senyuman....hahahaha.Oklah,mari kita layan gambar dan resipi my mom untuk tatapan korang semua......Best kalo balik dari keje dan menuntut ilmu,pastu buka esbok ada makanan yang sejuk camnie.....perggggh.....sendiri mau ingatlah.Tak sempat nak amik mangkuk lain,jam tu gak hirup tepi esbok....hahahahaha.(Buruk perangai kan......)





Puding agar-agar yang telah keras.Loyang tu diterbalikkan,so nampaklah buah2an koktel dalam puding agar-agar tu...hehehe


Puding agar-agar yang telah dipotong sebelum dituang kuah koktel.....




Puding yang telah dituang kuah koktel........



Puding agar-agar dalam mangkuk besar punya....Sedap kalo makan masa sejuk...Perggghhhh.Segar tekak nie...


BAHAN2 UNTUK PUDING: 

1 paket agar-agar 
4 cawan air 
2-3 sudu besar tepung kastard 
1/2 tin susu cair 
5 sudu besar gula (jika suka manis, boleh ditambah lebih gula) 
Daun pandan 


BAHAN2 UNTUK KUAH KOKTEL: 
1/2 tin susu cair 
1 tin koktel 
½ tin air 
2-3 sudu besar tepung kastard 
Gula (Anggaran manis) 
sedikit garam 
Daun pandan 


CARA MEMBUAT PUDING: 


  1. Masak agar2 dengan air hingga larut.
  2. Masukkan gula & daun pandan.Bancuhkan tepung kastard dengan susu cair hingga larut & masukan kedalam agar2 tadi. Kacau perlahan2 supaya tidak berkerak & biarkan mendidih. Angkat & tuangkan kedalam acuan kecil2(Saya guna loyang besar jer...senang,nanti potong2 kecil jer...hahaha)Lagi satau,dalam loyang tu letakan buahan koktel ikut suka banyak mana.Bagi nampak cantik puding agar-agar tu.....heheheh. Biarkan sejuk & masukan kedalam peti sejuk.


CARA MEMBUAT KUAH KOKTEL: 


Masukan susu cair,air,gula,garam & daun pandan.Masak hingga gula larut. Masukan tepung kastard yang telah dibancuh dengan susu cair & kacau rata. Setelah mendidih masukan koktel bersama sirapnya kedalam kuah tadi. Masak hingga agak pekat. Biarkan sejuk. 


Cadangan Hidangan: 
Hidangkan puding didalam mangkuk & tuangkan kuah koktel


Puding Jagung

My Lovely Arina


Puding Jagung

0219_162758








Bahan-bahan ( sefamily )

  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan jagung manis
  • 3/4 cawan gula
  • 3 cawan air
  • 1 1/2 cawan susu cair

Cara-cara

  1. Campurkan tepung kastad, gula, jagung, susu dan air.
  2. Lepas itu dikacau sehingga pekat dan berkilat di atas api yang sederhana hingga sebati.
  3. Angkat dan sejukkan di dalam loyang atau acuan dan boleh lah dihias dengan buah ceri dll.

14 Julai 2011

My Lovely Arina


Puding Buih

Puding_buih















enak dimakan sejuk2, tambah lg utk berbuka puasa..


Bahan-bahan ( lebih dari 5 org boleh makan )


  • 1 paket agar2 strip (bertali ~ lebih kurang 35gm) ~ rendam dalam 1/2 jam dan toskan
  • 1.75 liter air
  • 9 sudu besar gula
  • 1 helai daun pandan ~ disimpul
  • 6 biji telur gred A ~ simpankan 1 kuning telur utk dimasukkan ke dalam kuah
  • 1 tin fruit cocktail ~ optional
  • pewarna dan paste ikut citarasa ~ saya gunakan pewarna merah dan paste strawberi, tak nak letak paste pun tak mengapa tp letaklah esen vanila utk tak nak bg bau hanyir telur
  • UTK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air (guna tin susu cair)
  • 7 sudu besar gula ~ ikut citarasa, kalau suka manis tambah sendiri ya..
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 biji kuning telur yg diambil dari 6 biji telur td
  • 2 helai daun pandan ~ disimpulkan
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama air, gula dan daun pandan hingga mendidih. Bila dah mendidih masukkan pewarna dan paste mengikut citarasa masing2. Kacau sebati.
  2. Bila agar2 dah suam2 panas, pukul telur hingga betul2 kembang dan gebu. ( 6 putih dan 5 kuning sahaja ya). Bagi yg cuma ada mixer cap ayam mcm saya ni or hand mixer boleh lah asingkan putih dan kuning telur tu. Pukul dulu putih telur hingga menjadi kembang (kalau kita terbalikkan mangkuk tu dia tak tumpah) baru dimasukkan kuning telur satu persatu sambil dipukul lg hingga betul2 kembang dan gebu.
  3. Tuangkan adunan agar2 kedalam adunan telur dan kacau/pukul dgn mixer hingga sebati. Masukkan kedalam acuan yg telah diletakkan fruit cocktail. Fruit cocktail ini boleh juga diletakkan begitu saja dalam mangkuk berisi puding ni ketika nak makan.. Biarkan sejuk barulah dimasukkan kedalam peti ais.
  4. UTK MEMBUAT KUAH:
  5. Masukkan kesemua bahan kedalam periuk dan masaklah hingga mendidih. Kuah ini hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul. Bila dah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Bila dah sejuk masukkan dalam peti ais.
  6. Bila nak menghidang, letakkan puding ke dalam mangkuk dan curahkan kuah. Sedap dimakan masa sejuk.
  7. **Bagi yg mempunyai lebihan telur putih (spt membuat kek lapis yg tidak banyak menggunakan putih telur, boleh aje gunakan 9 putih telur utk satu adunan ni. Resipi asal puding buih tidak menggunakan kuning telur, cuma putih telur. Bg saya puding buih lebih sedap kalau kita gunakan putih dan juga kuning telur, lebih lemak2 gitu. Dengan tu tak lah membazir kuning telur tu..
  8. Selamat mencuba..