27 Ogos 2010

Suara Takbir



My Lovely Arina

Anuar Zain & Ellina - Suasana Hari Raya (FULL SONG + LYRICS)



My Lovely Arina
My Lovely Arina

div align="center" style="background-color: #ccc; width: 300px; height: 48px; font-size: 12px; border:1px solid; border-color:#000;">
lagu raya mp3s
  Mp3 downloads for free

Kasih Seorang Ibu

My Lovely Arina



KAWAN SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI...


Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya. 

Solat Hajat

My Lovely Arina

Solat Hajat 

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala. 

2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x. 

3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan. 

Ayat Kursi 

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

26 Ogos 2010

HAPPY BIRTHDAY BUAT MY BABY ARINA

My Lovely Arina

Salam buat semua. Sekarang anak2 seorang demi seorang demam. Mungkin musim demam sekarang nih. Tapi apa pun kesian kepada anak2 aku nih. Dah la posa demam lak, masing2 mata pun dah tak larat nak angkat.

Semalam pada 25 Ogos 2010, anak bongsu aku sudah genap la 2 tahun usianya. Sudah pandai bercakap. Tapi belum disambut lagi disebabkan bulan posa, kemungkin dalam masa weekend nih baru nak sambut baby girls birthday . Tapi apa pun tak pa la. Janji anak2 semua sihat dulu baru boleh sambut. Tapi kesian ye kat dia yang tidak megnerti apa-apa tuh. Sedih ada seronok pun ada pada diri aku nih, almaklum laibu kepada anak2 aku nih. Aku yang terlebih excited bukan mereka. Mereka hanya tahu seronok dan berseronok saja. Apa-apa pun kami akan meraikannya. My sweet baby.

Bulan posa nak aku rasa malas la nak update blog dan apa2 pun. Hairan sungguh.

Salam Sahur

My Lovely Arina

Salam buat semua di pagi hari. Selamat bersahur jugak kepada semua. Jangan malas bangun udah la. Bangun pagi seronok juga rupanya.Al maklum setahun sekali ye. Itupun bulan ramadhan. Sebenar hari aku kurang tidur, aku rasa bukan kurang la, tapi tak tidur langsung, kerana up date apa yang patut. Haha...aku banyak menghabiskan masa tidur aku dengan facebook, kerana waktu malam baru dapat membalas apa yang patut dan tiada gangguan chat. Hahahaha.

19 Ogos 2010

Juadah Berbuka Puasa

My Lovely Arina

Salam buat reader semua. Hari ini kat ofis tak byk keje so sempat la aku upload apa2 yang patut. Sebenarnya tiada apa yang best pun. Cuma ramadhan kali best sebab aku dan baby arina dapat pergi mengerjakan solat tarawih. Walaupun arina kacau sewaktu aku solat, tapi aku masih boleh teruskan solat ku sehingga selesai 23 rakaat. Itu yang membuatkan aku byk bersyukur kerana allah masih memberi kesempatan ke atas diri aku untuk terus berterawih dan mengerjakan apa yang disuruh pada tahun ini.

Ini nah ceta sikit pasal juadah berbuka puasa nih. Semenjak bulan puasa nih semua orang kalut gi pasar ramadhan untuk membeli hidangan berbuka puasa. Sama lak cam aku..hari2 gi beli. Cuma kalau cuti baru masak. Tadi kalau sahur tuh kena la masak. Ceta pasal juadah nih bermacam dan berbagai juadah yang di jual sehingga tak mampu tgn nak bawa. Hahahaha

Itu la dikatakan nafsu makan. Aku ni kadang2 termasuk jugak dalam golongan ini. Tapi sekarang lahamdullilah dah boleh control sedikit tentang bab makan nih. Almaklum la, setiap hari dan setiap pasar ramadhan bermacam juadah yang dihidang pamerkan sehingga perut pun memula lapar la...apa lagi.

Kalau di kedah nih 'bermacam kuih tradiional dan masakan berbagai2 ala-ala masak. Sampai pening nak memilih dibuatnya. Itu belum tgk, kalau tgk semuanya mahu diangkut..

Sabar...sabar... jangan la engkau leka dengan makan kerana makan boleh membuat anda merana kesakitan. hahaha... pandai la aku nih....

17 Ogos 2010

Busyyy Gilerrrrr

My Lovely Arina

Salam ramadhan semua reader. Sorry aku sudah abaikan blog aku nih diatas kesibukkan di dalam bulan ramadhan nih. Posa katakan, semua tak sempat nak update, nih pun aku terpaksa pulang awal dari solat terawih kerana my baby sakit perut lak. So terpaksa la pulang awal. Sempat la aku update apa yang patut.

Minggu ini merupakan minggu terlampau busy sehingga semua keje aku tertangguh.

06 Ogos 2010

My baby Girl

My Lovely Arina


Rahsia Anda Pintar

My Lovely Arina


All children are born geniuses, and we spend the first six years of their lives degeniusing them"


"Jangan Serahkan Masa Depan Anak KitaBulat-bulat Kepada Guru, Sekolah Dan
Pusat Tuisyen. 
Ibu Bapalah Insan Yang Memainkan Peranan Paling Besar DalamMenjana Kepintaran Anak"


"Semua anak dilahirkan pintar, tetapi yang memberi impak ialah cara kita merangsang mereka. Ibu bapa mesti mempunyai misi yang jelas iaitu menanam tekad membentuk masa depan anak"


Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah
Pakar Motivasi

04 Ogos 2010

KEPENTINGAN IBADAH PUASA

My Lovely Arina


Salam buat semua,


Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa
kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk
susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia
sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat
menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa
seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam
menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan
larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin. 
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."


Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan
segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT
DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH
MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama
sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana
ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."

Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.


Hanya untuk renungan buat semua.

03 Ogos 2010

RAGAM MANUSIA

My Lovely Arina

Salam to all reader. Today we took about RAGAM MANUSIA.  So apa yang anda fikirkan tentang ragam manusia. Bagi aku sebagai hamba allah dan manusia di muka bumi ini perlu ada rasa dan penghayatan tentang manusia dan dekraminasi tentang hubungan manusia semasa manusia harus la diketahui secara umum.

Kalau kita tgk balik sesetengah orang, perangai membuatkan kita dapat mengetahui sedikit sebanyak tentang kelakuan dan kehidupan orang ini. dan bagaimana segala masalah dan pertelingkahan dapat diselesaikan tanpa ada ragu. Radam Manusia ini byk le kita ketegorikan. Bermacam2 sampai aku sendiri tidak tahu apa yg sedang mereka fikir atau sedang mereka merancang.

That why la even some people said If u have problem with other human being u will died before the matter is settle. Because the human being is still want be a good than good for each other.  Some people tak nak mengaku segala kelemahan dan kesalahan mereka. Kadang-kadang ini semua membuatkan semua orang jadi gila dan terus gilaaaaaaaaaaaaa. Mereka nih kadang-kadang menyusahkan. saja. Otak ada tapi tak tahu memikir dan menyelesaikan masalah. Pening...pening lama2 boleh sakit hypertension.

Ini tidak ada kena mengena dengan sesiapa tetapi hanyalah pedomen untk diri aku saja. Dah gantuk la...

02 Ogos 2010

Bowling For Everyone

My Lovely Arina


Bowling is a sport in which players attempt to score points by rolling a bowling ball along a flat surface, usually a wooden or synthetic surface, either into pins or to get close to a target ball. There are many forms of bowling, with one of the most recent being ten-pin bowling. Primitive forms of bowling may have existed in ancient times as early as A.D. 300 in Germany, and also in ancient Finland and Yemen. The first standardized rules were established in New York City, on September 9, 1895. Today, bowling is enjoyed by 95 million people in more than ninety countries worldwide and continues to grow through entertainment media such as video games for home consoles and hand held devices.

Health benefits

Bowling is an anaerobic type of physical exercise, similar to walking with free weights. Bowling helps in burning calories and works muscle groups not usually exercised. The flexing and stretching in bowling works tendons,joints, ligaments, and muscles in the arms and promotes weight loss. Apart from the physical benefits it also haspsychosocial benefits, strengthening friendships or creating new ones in groups.

Ramadhan Akan Tiba

My Lovely Arina

Salam buat semua reader. Alahi aku sekarang malas lak nak update blog nih asyik duk copy paste ye. Ya allah berikan kekuatan dan keimanan ke hambamu yang lemah ini sudah cergaskan minda dan pemikiran yang positif tentang kerja serta keluarga.

Bercerita tentang bulan Ramadhan yang akan datang ni memang la seronok. Bulan Ramadhan adalah bulan-bulan yang ditunggu oleh semua umat islam di dunia ini, tidak kira berada di mana pun. Bagi aku persiapan bagi ramadhan ini adalah kerohanian dan kewajipan terhadap solat dan kalau sempat boleh mengulangkaji al-quran bersama-sama suami untuk pengertian dan maksud yang mendalam di bulan ramadhan ini.

Ramadhan ini bagi aku membawa seribu maksud yang mendalam dan memberi pengertian serta keinsafan terhadap manusia di dunia ini. Keajaiban yang allah subanallah berikan kepada kita dengan penuh nikmat.

Oleh itu bagi aku manusia yang sangat kerdil ini supaya banyak bertaubat kepada allah dan banyakkan berzikir supaya masa yang ada tidak ketinggalan dengan segala faedah daripada allah kepada hambanya. Rezeki  kita dapat dari rezeki yang halal dan sedekah yang kita keluarkan daripada sumber yang halal.

Ramadhan bulan yang amat mulia dan sangat-sangat bertuah aku yang tinggal dibumi allah ni dapat mengerjakan puasa pada bulan ramadhan dan dapat mengerjakan solat tarawih bersama-sama seluruh umat islam tidak mengira kaum melainkan agamanya tetap islan.

Ramadahan memberi kesabaran dan kesederhaan dalam pelbagai keperluan. Oleh itu kita sebagai umat kepada allah haruslah ada sifat kesabaran. Makanan yang kita makanan perlu sederhana saja tak perlu terlalu banyak sehingga telah membuat satu pembaziran.

Sempena menyambut bulan Ramadhan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa kepada seluruh umat Islam di dunia dan tidak mengira kaum tetapi agama islam. RAMADHAN AL MUBARRAK.

Makkah Taraweeh-(Night 1)-Sheikh Sudais



My Lovely Arina

01 Ogos 2010

My Hubby and me



My Lovely Arina

lama tak tak gambar berdua. Saja syok2 tangkap dapat jugak. Hahahahaha

AKIBAT HAND BREK LUPA TARIK

My Lovely Arina


Kereta masuk longkang di Tasik Darulaman petang tadi. Aduh siapa lak punya keta nih tak pasal-pasal masuk laongkang. Aku rasa nih trend  baru la parking dalam longkang. Saja tak mau tarik handbrek. Lucu la.