My Lovely Arina
Salam buat semua reader. Alahi aku sekarang malas lak nak update blog nih asyik duk copy paste ye. Ya allah berikan kekuatan dan keimanan ke hambamu yang lemah ini sudah cergaskan minda dan pemikiran yang positif tentang kerja serta keluarga.
Bercerita tentang bulan Ramadhan yang akan datang ni memang la seronok. Bulan Ramadhan adalah bulan-bulan yang ditunggu oleh semua umat islam di dunia ini, tidak kira berada di mana pun. Bagi aku persiapan bagi ramadhan ini adalah kerohanian dan kewajipan terhadap solat dan kalau sempat boleh mengulangkaji al-quran bersama-sama suami untuk pengertian dan maksud yang mendalam di bulan ramadhan ini.
Ramadhan ini bagi aku membawa seribu maksud yang mendalam dan memberi pengertian serta keinsafan terhadap manusia di dunia ini. Keajaiban yang allah subanallah berikan kepada kita dengan penuh nikmat.
Oleh itu bagi aku manusia yang sangat kerdil ini supaya banyak bertaubat kepada allah dan banyakkan berzikir supaya masa yang ada tidak ketinggalan dengan segala faedah daripada allah kepada hambanya. Rezeki kita dapat dari rezeki yang halal dan sedekah yang kita keluarkan daripada sumber yang halal.
Ramadhan bulan yang amat mulia dan sangat-sangat bertuah aku yang tinggal dibumi allah ni dapat mengerjakan puasa pada bulan ramadhan dan dapat mengerjakan solat tarawih bersama-sama seluruh umat islam tidak mengira kaum melainkan agamanya tetap islan.
Ramadahan memberi kesabaran dan kesederhaan dalam pelbagai keperluan. Oleh itu kita sebagai umat kepada allah haruslah ada sifat kesabaran. Makanan yang kita makanan perlu sederhana saja tak perlu terlalu banyak sehingga telah membuat satu pembaziran.
Sempena menyambut bulan Ramadhan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa kepada seluruh umat Islam di dunia dan tidak mengira kaum tetapi agama islam. RAMADHAN AL MUBARRAK.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan