My Lovely Arina
Salam buat semua. Apa itu hargai diri dan nilai masyarakat terhadap seseorang. Bagi aku orang hanya menilai diri ini sebagai hamba yang boleh membantu mereka bila mereka dalam kesusahan dan memerlukan. Tetapi bila kesusahan dan kecelakaan itu sudah tiada maka mereka lupa atau alhpa dengan sikap sombong dan merasa diri mereka lebih besar dan lebih sempurna . Tetapi mereka lupa akan allah sedang memerhati mereka dengan sifat yang sombong lagi ego.
Bagi diri aku....hanya aku dan suami serta anak-anak aku saja yang mengerti itu. Ha pening bila memikirkan apa jenis manusia ini. Manusia yang penting kebendaan dan harta dunia saja. Tapi hati dan perasaan mereka hilang dan mudah lupa pada apa yang berlaku. Bila kesusahan menimpa baru mencari pertolongan, tetapi bila semua itu dah dapat, mereka lalai dengan dunia baru mereka.
Kadang-kadang hati dan perasaan ini terasa. Tetapi dibuang jauh-jauh kerana kita hanya manusia biasa. Kita bukan orang kaya seperti seperti mereka-mereka dan kita bukan orang berharta seperti mereka-mereka. Tetapi hati yang suci dan perasaan belas kasihan yang ada pada diri ini. Ini sekadar renungan buat semua yang membaca. Janganlah kita lalai dan lupa pada diri kita. Dunia hanya sementara saja.
Aku hadiah al-fatihah buat ibuku yang tersayang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan