13 Jun 2011

RESEPI KUIH MUIH DARI KAK UMI (HOME SWEET HOME)

My Lovely Arina


PUDING KASTAD JAGUNG

Bahan:-

1 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan jagung manis (dalam tin)
3/4 cawan gula
3 cawan air
1 1/2 cawan susu cair (ummi guna fresh milk)

Cara Membuat:-

Campurkan kesemua bahan dalam periuk/casserol dan kacau mesra. Kemudian letak di atas api perlahan dan kacau hingga adunan pekat dan berkilat. Angkat dan tuangkan di dalam loyang kesukaan/acuan kecil2. Sejukkan.


 PUDING KASTAD BERKUAH KOKTEL

Bahan-bahan:-
Untuk Kastad:-

·                     200 gm tepung kastad
·                     2 liter air
·                     1/4 cawan gula
·                     1/3 cawan susu sejat Ideal
Cara-Cara:-
Campurkan semua adunan kecuali susu sejat ke dalam periuk. Kacau atas api perlahan sehingga kelihatan berkilat. Akhir sekali tuang susu sejat. Kacau-kacau sebentar hingga rata. (Jangan terlalu kental). Bolehlah dituang ke dalam loyang atau bekas-bekas kecil. Sejukkan.

Untuk Kuah:-

·                     1 1/2 tin susu sejat Ideal
·                     3/4 tin air
·                     1 cawan gula
·                     2 biji kuning telor - pukul sikit
·                     1 sudu kecil esen vanila
·                     2 helai daun pandan/perisa pandan
Cara-Cara:-

Campurkan semua dan masak hingga mendidih sekejap. Sejukkan.

Hiasan:-
10 ketul pisang raja (yg baru nk kuning - goreng & toskan tp ummi xda ni..)
·                     1 tin buah koktel (ummi guna jenama Hosen)
·                     Buah ceri
·                     Prune sunsweet (*akak x letak pun)
Cara Hidangan:-
Potong atau keluarkan kastad dari acuan. Tuangkan kuah dan tabur buahan koktel dan hiasan lain di atasnya. Tentunya sedap dimakan ketika sejuk kan...


BINGKA ROTI

Bahan:- (loyang 5"x5" untuk separuh adunan)

·                     1 buku roti Gardenia/Hi-5 yang dlm plastik pendek.
·                     3 cawan santan
·                     3 biji telor
·                     1 cawan gula
·                     garam
·                     sedikit esen vanila
·                     kismis
·                     1 tin jagung krim
·                     sedikit mentega
Cara-Cara:-
1.            Masukkan roti, santan, gula, telor, garam, esen vanila ke dalam mangkuk. Biar terendam selama 5 - 10 minit. Jika suka roti hancur, boleh kacau sedikit agar roti hancur.
2.            Masukkan jagung dan kismis, kacau sedikit.
3.            Sapukan mentega dalam loyang.
4.            Tuangkan adunan. Cubit sedikit-sedikit mentega dan tabur rata di atas adunan tadi sebelum dibakar.
5.                   Bakar pada suhu 190C sampai masak/garing (*akak masak 40 minit untuk half adunan ni)




DONUT

Bahan:- (15 biji donut mini)
·                     200 gm tepung roti
·                     20 gm gula
·                     1/2 tsp garam                                     
·                     1 tsp yis kering
·                     140 ml susu segar
·                     20 gm butter
·                     minyak masak untuk menggoreng
·                     powder sugar/gula aising - untuk tabur
Cara Membuat:-
1.            Masukkan tepung, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2.            Buat lubang di tengah dan masukkan susu dan yis. Gaul lagi menggunakan sudip plastik.
3.            Masukkan pula butter, gaul dengan tangan hingga sebati.
4.            Keluarkan dari mangkuk dan letakkan di atas papan canai dan uli sehingga doh tidak melekat di tangan. (Sesekali bolehlah ditabur sedikit tepung jika terlalu lembik)
5.            Buatkan bentuk bulat. Masukkan ke dalam mangkuk adunan semula dan tutup dengan plastic wrap atau kain lembab. Biarkan doh naik 2 kali ganda.
6.            Buat finger test untuk uji doh naik ke tidak. Kalau lekat kesan jari, bermakna dah naik.
7.            Canai doh setebal 15 cm di atas papan canai dengan penggelek dan terap dengan terapan donut kecil (mini). *Ummi guna bahagian mulut gelas yang kecil jek..hehe
8.            Susun di atas dulang dan rehatkan doh sebentar hingga naik 1 1/2 kali ganda lagi.
9.            Panaskan minyak, goreng di atas api sederhana hingga keperangan kedua-dua bahagian.
10.          Angkat dan toskan di atas kitchen towel. Biarkan donut betul2 sejuk sebelum di salut gula aising. Boleh juga dibuat aising donut seperti di bawah...ampuuuunn, Ummi mmg malas la nak buat ni..hehe, maybe next time..
Aising Donut:-
·                     4 sudu besar gula aising - ayak
·                     1/2 sudu besar air
Gaul gula bersama air hingga sebati. Sapukan pada permukaan donut dan taburkan kekacang atau hundred thousands.

KUIH SERI MUKA PANDAN


Resepi: Adaptasi dari buku Aneka Talam Chef Hanieliza
Diubahsuai : Ummi @ Home Sweet HomeBahan (Lapisan Bawah):-
·                     2 cawan pulut - rendam 3 - 4 jam
·                     2 1/2 cawan santan cair (akak guna 1 cawan santan Kara + 1 1/2 cawan air)
·                     1 sudu teh garam halus

Bahan (Lapisan Atas):-


·                     2 cawan santan pekat (akak guna 1 cawan santan Kara + 1 cawan air)
·                     3 sudu makan gula pasir
·                     3 sudu makan tepung gandum
·                     3 sudu makan tepung jagung
·                     1 sudu teh garam halus
·                     1 biji telor


Cara (Lapisan Bawah):-
1.                  Basuh dan toskan pulut. Masukkan pulut ke dalam loyang bulat 8 inci. Ratakan.
2.            Kacau sebati santan cair dan garam dan tuangkan ke dalam loyang berisi pulut dan kukus selama lebih kurang 25 minit/hingga pulut masak.
3.            Tekan-tekan pulut dengan penekan kek lapis atau gunakan plastik. Tekan biar padat. Sediakan bahan lapisan atas.
Cara (Lapisan Atas):-
1.                  Bancuh semua bahan hingga sebati dan tapiskan. (sukatan di atas sebenarnya mmg banyak, cuma akak jek tuang x habis sbb loyang dah tinggi dgn pulut sbb guna loyang 7 inci..huhu)
2.            Tuang perlahan2 ke atas pulut yang ditekan tadi dan kukus selama lebih kurang 30 - 35 minit. (Balut penutup kukusan dengan kitchen towel agar air wap tidak menitis ke atas kuih).
3.                   Sejukkan kuih betul-betul dan potong.




1 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam