Salam buat semua....hehehe perancangan nih dah lama tapi masa terlalu mencemburi aku untuk membuat perjalanan ini. Sebenarnya bukan jauhpun dekat ye...tapi masa amat terhad dan terlalu sibuk.Lagi pun dah lama aku dah tak upload ceta-ceta perjalanan aku. Aku jenis yg suka membaca entry orang tapi malas nak tulis entry sendiri. Tapi tak pa la yang entry lama2 nanti aku ceta lain kali nih aku ceta aku gi hatyai dulu ye. Berjalan nih seronok tapi adakala letih sikit dengan anak2 yang semakin membesar dan memerlukan perhatian yang lebih. Alah minah nih banyak pulak duk celoteh... jom aku ceta pasal perjalanan aku kali nih. Sebenarnya perjalanan aku nih dirancang dari bulan Januari lagi tapi tak dapat pergi aku postponed ke Febuari tu pun tak jadi jugak last-last aku dpt tarikh baru iaitu 1 Mac 2012 - 2 Mac 2012. Semalam ye la nampaknya disebabkan anak aku yang sulung tu ada exam penggal pertama persekolahan. Perancangan mulanya nak naik keretapi budak2 gaduh nak naik. Tapi disebabkan semalam ye aku pun menyewa van thailand pergi dan balik sahaja. Rupanya van thailand bestnya dan lawa lak tuh. Tak terasa cam van pun. Kali nih aku pergi bukan hanya aku and family ye tapi kakak suamiku pun nak ikut juga dan mereka satu family. Ramai jugak la dengan kanak2. Meriah la sikit. Yang bestnya aku dan suami tak tgk tarikh luput pada passport aku dan semua kami. Rupanya passport TAMAT TEMPOH 27 FEBRUARI 2012 . Hahahaha..... kalut la aku. Nasib baik kakak ipar aku call dia tanya nak buat border untuk anak2 dia so aku pun tumpang sekaki la pergi Bukit Kayu Hitam imigresen membuat border for all my family. Selamat dah satu bab. Lepas tuh my hubby ask me ....are u booking already hotel and transport. I said NO YETTTTTTT. Aduh kena hingar kejap dgn hubby sebab tak booking apa2 lagi. Selepas aku selesai buat border terus ke changlun untuk booking hotel dan transport. Nasib baik semua senang diuruskan. Alhamdulilah semua selamat membuat border dan selamat membuat tempahan. Just tgu masa untuk pergi ye. So aku mulakan la ceta aku yang tak seberapa nih..hahahaha
Hari Pertama 1 Mac 2012.
Aku memulakan perjalanan dari rumah ke Changlun pada jam 8.00 pagi. Aku bersama family and family kakak aku bertemu di Changlun untuk memulakan destinasi kami. Setelah selesai segalanya aku pun bertolak dengan penuh doa dan harapan semoga selamat dan tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku. Pada jam 9.00 pagi aku berada di Bukit Kayu Hitam untuk mengecop border. Alhamdulilah selamat dan tiba masa untuk cop border di imigresen Thailand. Jangan lupa sertakan RM1.00 untuk satu passport dan border untuk kakitangan imiresen Thailand. Ok semua selamat di Dannok. sementara menunggu pelepasan van kami aku sempat untuk menukar RM ke BAHT. Nasib baik kedai runcit tu mengambil tukaran sama tiada caj sampingan.
Perjalanan di teruskan dari Dannok ke Songhla atau Pantai Samila. Di sepanjang melihat wayar-wayar letrik yang berserabut dan tak tersusun. kampung-kampung di kiri dan kanan jalan. Tiada apa yang menarik disepanjang jalan. Hanya melihat kerenah pemandu-pemandu thailand yang suka memandu secara berbahaya.
Perjalanan ini di teruskan lagi ke Songkhla melihat Pantai Samila yang putih bersih. Kalau tak silap aku merupakan Laut China Selatan berdekatan Kelantan / Terengganu. Di Pantai samila jugak terdapat sebuah patung ikan duyung (mermaid). Menurut cerita penduduk di kawasan tersebut bahawa ikan duyung tersebut sedang menunggu lamaran dari yang tersayang. Jika lelaki yang bakal di lamarnya muncul ikan duyung tersebut akan turun semula ke laut. (betul atau tidak aku sendiri pun tak tau).
Setelah selesai menjenguk dan bertanya khabar kepada ikan duyung tuh kami pun beredar dan pergi ke Aqurium Songhkla. Sempat lah melihat fish show. Bagi aku tak la berapa happening sangat tempat tuh sbbnya anak2 pun complain tak la best mana pun. Cuma nak bagi tgk kat si comel kami tuh la.. my lovely arina.
Selesai la sudah di Songhkla. Kami beredar ke Hatyai untuk berehat di Hotel Grand Plaza yang telah aku tempah. Bukan hotel 5 bintang tapi entah berapa bintang.hahaha. Hotel lama tapi bersih la. harga pun untuk satu malam RM98.00. Mungkin hujung minggu tu yang mahal sikit. Apabila sampai di hotel untuk check in....malangnya hotel belum siap untuk masuk. So kami ambil keputusan untuk gi makan dulu kat Hamid Restaurant. Sorry not pic at Hamid Restaurant . Berjalan kami pun sampai dekat sangat dengan hotel. Boleh rehat kejap sementara menunggu makanan kami tiba. Untuk makluman semua, bahawa makanan yang dijual di Hamid restaurant adalah halal tetapi mahal sikit tak sikit jugak la. Bagi aku yang travelling low cost nih agak mahal la. Selepas selesai makan kami pun beredar dan masuk ke bilik. alhamdulilah bilik kami dah ready. So kami rehat hingga jam 5.00 ptg waktu malaysia sebelum ke Klong Hae Floating Market. Rehat sebentar ya......
Setelah selesai sudah di Floating Market, kami pun beredar untuk pulang ke hotel. Merehatkankan diri setelah satu hari menjelajah hatyai. tapi malam nanti ada aktiviti shopping lak. Tapi sayangnya akan tak ambil pun pic. Aku just pergi makan kat tepi jalan yg ada jual Nasi Lemak Panas dan Teh Tarik. Aduh sedapnya. Ronda2 di sekeliling bandar hatyai dengan berjalan kaki dan mengharungi semua deretan kedai yang ada di situ. Setelah hampir selesai aku beredar bersama si kecil yang mahukan pulut mangga. Selepas itu aku terus pulang ke hotel untuk melelapkan mata sebentar sementara menunggu keesokkan hari. Tetapi suami dan anak2 lelakiku pergi mencari souvenir dan baju bola kegemaran masing2.
Sorry la tiadagambar suasana malam di Haytai. Terlalu busy shopping..hahaha. Konon shopping ....mana ada aku shopping pun....kita bersambung lagi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan