So aku mulakan perjalananaku pada cuti sekolah pada kali ini. Pada mulanya aku dan anak buahku akan terbang ke Riyadh, Jeddah, Madinah dan Makkah pada 21 Nov sehingga 4 Dis 2012 untuk melawat kakakku yang menetap disana. Tetapi visa yang pada mulanya telah diluluskan oleh kerajaan Arab Saudi telah ditarik balik pada last minute ...sedih sangat pada waktu tu. Tiada apa yang boleh dibuat kerana kerajaan Arab tidak membenarkan untuk melawat Riyadh pada masa tersebut.
So untuk menceriakan keadaan yang sedih dan mood yang hilang disebabkan visa tersebut, aku dan hubby membuat perancangan yang singkat untuk membawa anak-anak sempena cuti sekolah ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE.. .... perancangan yang singkat pun bermula tanpa dirancang....tetapi happy sangat sebab my hubby sanggup mengorbankan masa dan mengambil cuti panjang untuk membawa aku dan anak-anak ke sana. Aku pun membaca blog-blog yang pernah ke sana dan mengambil sedikit pengalaman dari blogger-blogger untuk mengetahui lebih lanjut cara untuk booking ticket ke USS. So alhamdullilah berkat kesungguhanku bersama anak-anak yang banyak membantu membuat research setiap blog dan mencari hotel yang betul-betul dekat dengan Singapore supaya mudah untuk pergerakkan ke sana. Thank you so much to all blogger yang memberi maklumat-maklumat dan cara membuat tempahan serta cara untuk ke sana. Aku telah menempah hotel melalui Agoda.Com iaitu Zoom In Hotel. Sebenarnya nak booking Tune Hotel tetapi Tune Hotel fully booking so terpaksa booking Zoom In Hotel. The Hotel ok..cantik dan bersih ada wifi lagi ..no breakfast ok..
Hari Pertama - 24 Nov 2012
Perjalanan dimulakan dari Jitra ke Seremban. Aku singgah di seremban untuk bermalam di sana sebelum meneruskan perjalanan yang masih panjang dan jauh lagi ke destinasi yang ingin dituju. Bertolak seawal jam 8.00 pagi dari rumah dan sampai diseremban pada jam 5.00 petang. Aku dan family berehat dan bermalam di rumah my hubby sister kat Seremban.
Hari Kedua - 25 Nov 2012
Perjalanan di teruskan dari Seremban ke Johor Bahru. Bertolak jam 9.00 pagi dari Seremban dan sampai di Johor Bahru tepat jam 1.00 tengahari. Sebelum check in kat hotel, kami solat dulu di Masjid Abu Bakar Johor Bahru. Cantik masjid tu. Syukur dapat solat kat sana. Danga Bay .....aku datang. Dah nampak Singapore la....
.
Selepas selesai solat zohor. Tiba masa untuk check in oooop kena gi booking ticket kat Oddsey Bus dulu...takut penuh lak. Alhamdulilah semua ada, aku dapat bus C. So boleh rehatkan diri. Rileks untuk jalan esok......
Nampaknya petang tak buat apa-apa pun, so aku telah mengajak kawan yang dah lama tak jumpa. SITI adalah rakanku sewaktu kami sama-sama kerja di Pejabat Guaman dulu. Sekarang beliau telah berkahwin dan menetap di JB. So beliau membawa aku dan my family ronda JB. Sempat jugalah aku tukar duit Singapore Dollar rate dah 2.6 aduhhhhh. So nak sembang lebih kena la gi kedai makan boleh la berborak lama sikit. Sempat makan Mee Gear Box lagi... Thank's Siti bawa kita orang kat sana.
Lepas makan,kami gi window shopping kat Duty Free Woodlands. Tak beli pun ...tengok saja. Anak2 dah start buat angin... Kami pergi jalan2 sekitar Danga Bay ambil angin laut sambil layan anak2 naik keretapi lak.
Dah puas jalan kat Danga Bay... Masa untuk pulang ke hotel Dan berehat sebelum memulakan perjalanan esok yang dah terbayang kat depan mata. Haaa dah berangan la tuh. So mata pun dah letih...Jom tidur esok nak bangun awal takut kena tinggal bas lak.
Hari Ketiga - 26 Nov 2012
Perjalanan hari ketiga dengan penuh semangat dan cabaran...hahaha..Perasan lak tuh... Seawal pagi aku dah kejutkan semua anak2 tear masuk my hubby untuk solat subuh dan bersiap untuk naik bas. Semua dah ready kami pun beer jalan kaki ke Tune Hotel untuk naik bas. So bila sampai ye kat tune hotel wahhhhh ramainya orang. Aduh nasib naik dah ambulance ticket bus kalau tidak mesti kena tunggu bus yang lewat. Excited sangat ni. Tak sangka la..waktu aku ambil ticket semalam, aku dapat bus "C" rupanya bus "C"adalah bus yang paling awal 7.30 pagi bertolak.wah so happy lak.....perjalanan kami pada pagi tuh diteruskan ke Malaysia Imigration Department Woodlands and Singapore Imigration. Tetapi jem yang amat sangat perjalanan tuh slow tapi rileks. Setelah selesai semua passport telah dicop. Cop tu penting ok. Kalau tidak nanti nak balik masalah pulak. Perjalanan menaiki bus diteruskan. Wah dah masuk Singapore la. My arwah mama home town.. Happy sangat sebab boleh jugak masuk Singapore walaupun mama dah tiada.
My journey dah bermula. Hhhhhhhhhh let go to Universal Studio Singapore.....
Penat yang tidak terhingga, tetapi ia berbaloi dan seronok bila dapat bermain dan dapat bergambar bersama. Mesti datang lagi next year. So perjalanan dan pengembaraan kami tamat untuk hari ini. Hahahahahaha....best gilerrrrr aku pun dah jadi cam budak2 lak. Tepat jam 7.00 malam aku pun terus turun untuk menantikan Oddsey bus yang akan mengambil kami di bawah Universal Studio tadi. So 7.15 malam bus yang di nantikan telah kunjung tiba. Memandangkan Woodlands pada waktu sekarang terlalu jem gilerrrr. Drive bus memberitahu bahawa perjalanan kami akan melalui Tuas, Singapore dan melalui Gelang Patah, Malaysia. Best sangat.
Agak jauh jugak destinasi tersebut, ramai yang mengambil kesempatan untuk tidur sebentar sementara menunggu untuk ke Imigration Singapore dan Imigration Malaysia. Sopassport pun telah dicop....Malaysia aku kembali ......Best country in the world. Hahahahahah........letihnya.....
Selamat kembali ke Zoom Inn hotel ....
Nanti aku sambung la ceta nih ya....dah mengantukkkkkk......esok esok ya....
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadam