11 Jun 2014

RAMADHAN TIBA LAGI

Assalamualaikum buat semua bloggers. ..

Salam Ramadhan buat semua. Walaupun masih tinggal tak berapa hari lagi kita akan berada di bulan Ramadhan.

Persediaan dan persiapan dari segi rohani, fizikal serta jasmaniah perlu ada pada setiap orang. Bagi meningkat kesihatan yang diperlukan semasa menjalankan ibadah puasa serta mengerjakan solat tarawih.

Di dalam bulan Ramadhan kita hendaklah perbanyakkan amalan2 yang sebelum nih kita amat kurang beramal... so pada bulan ramadhan kali ni kita perbanyakkan lagi amalan kita moga2 di terima oleh allah. Insyallah.

Persiapan bulan Ramadhan bagi diri saya...apa yang patut saya makan dan apa  tips kesihatan yang sesuai buat diri saya dan orang selalu tanya...bagaimana nak jaga kesihatan dan memberi tenaga berpanjangan semasa bulan puasa.

Mai...mai saya ceta sikit...hi hi hi....

Sebelum melangkah ke Ramadhan...

(1) Perbanyakkan amalan2 sebelum dan semasa di bulan Ramdhan

(2) Fikirkan makanan berkhasiat untuk diri kita dan keluarga kita

(3) Berjimat ... elakkan ke pasar Ramadhan..kalau boleh masak sendiri...

(4) Suplemen Kesihatan....wajib diambil bagi membantu kesihatan sepanjang masa.

Jom saya huraikan sikit...

Bahagian 1

Maksud perbanyakkan amalan kita adalah sebelum Ramadhan ramai orang yang kurang ambil hal dan buat endah tk endah saja ...bukan semua ekk....ada lah yang sesetengah daripada kita...

Pada bulan Ramdhan selalu kita banyak melakukan solat tarawih. .solat hajat..membaca al quran ...bertadarus dan banyak amalan kita buat sehingga kita lalai terhadap kesihatan kita. Walaupun beramal kesihatan wajib di jaga supaya tidur yang cukup..tak la bila bangun ye badan pun letih serta kurang bertenaga dan bagaimana kita nak beramal jika badan pun kurang vitamin.

Bahagian 2

Makanan sangat penting kerana pada bulan puasa kita akan kekurangan air yang banyak dalam badan so...air memberi tenaga  yang diperlukan di dalam badan manusia...ceh wah dah jd cam doktor lak nasihat orang...hihihi...ini hanya pandangan saya ya...

Selain air..makanan berbuka puasa mestilah seimbang.  Jika makan yang kurang khasiat atau banyak lemak serta makan berlebihan bagaimana selepas berbuka kita nak gi solat tarawih. ..mesti letih dan malaskan. Ini semua punca malas gi solat tarawih.... so berhati2 memilih makan. Jangan angkut makanan satu pasar Ramadan lak ...sapa lak nak habis kan...lepas ni buang ye...membazir la pulak...

Bahagian 3

Ini kes gi pasar Ramadhan la ..tengok semua nak..lepas tu balik penuh meja...sapa nak makan la...

Bagi pendapat saya ...masak la sendiri walaupun kita sibuk cam mana pun. Walaupun kita lewat...kita buat yang ringkas dan simple dah cukup untuk berbuka. Jangan terlalu mengikut nafsu makan...kadang2 membawa padah pada diri sendiri. Kita tidak tahu apa yang mereka letak semasa masak. Saya minta maaf la tak semua peniaga begitu.

Jika kita masak sendiri lebih jimat sebab kita masak ikut keperluan kita dan keluarga. So banyak jimat la...boleh la beli baju raya yang glamour sikit...

Bahagian 4

Apa itu Suplemen. 

Suplemen merupakan makanan tambahan bagi membantu daya ketahanan diri supaya kuat dan bertenaga semasa menjalani ibadah puasa.

Ia memberi kita tenaga berpanjangan supaya kita dapat melakukan ibadat dengan sempurna tanpa rasa keletihan atau sakit.

Bagi saya dan keluarga. ..suplemen amat penting dan perlu diambil berat kerana sepanjang kami berpuasa mengambilan suplemen diambil semasa waktu sahur.

Ini adalah suplemen yang saya ambil bersama keluarga.

Waktu sahur.

Selepas selesai bersahur.  Saya akan memberikan kepada suami dan anak2 suplemen berikut.

Minuman bertenaga kepada suami dan anak2 adalah Performance daripada Produk Shaklee. Sejak mengamalkan minuman ini mereka akan kelihatan segar dan anak2 jugak boleh bermain dalam bulan puasa tanpa rasa letih.

Vitamin B ...adalah wajib setiap hari untuk diri saya dan suami. Ia memberi tenaga semasa melakukan solat tarawih. Tiada lagi sakit urat atau lenguh badan.

Selain daripada itu, saya jugak memgamalkan pengambilan ESP untuk memberi protein dan tenaga semasa berpuasa. Perut tidak akan rasa lapar walaupun seharian berpuasa.  Nampak macam hari2 biasa.

Wah...wah dah panjang saya bercoleteh..

Semoga kita mempersiapkan diri kita bagi menyambut Ramadhan Al Mubarak bulan yang besar pahala dari bulan2 lain.

Insyallah....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan