17 Mac 2015

Cadangan Supplement Shaklee Untuk Kencing Manis

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh pihak kementerian , 1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidap diabetes ataupun penyakit kencing manis. Rata-ratanya dikaitkan dengan gaya hidup dan amalan hidup yang tidak sihat.

Diabetes adalah salah satu penyakit kronik di mana ianya merupakan masalah yang besar di kebanyakan negara-negara di dunia. Di Malaysia satu kajian telah dilakukan pada tahun 1996 di mana dianggarkan 700,000 hingga 900,000 orang dewasa berumur 30 tahun ke atas menghidapi diabetes atau terdapat 8 penghidap diabetes bagi setiap 100 orang dewasa.

Apabila usia semakin meningkat, risiko untuk anda terkena penyakit ini adalah lebih tinggi terutamanya jika anda peminat air berkarbonat, minuman yang manis, kek, gula-gula, kuih yang manis-manis atau apa saja makanan yang manis. 

Mari kita berkenalan dulu dengan diabetes...apa itu diabetes?

Diabetes adalah satu keadaan di mana tahap gula di dalam darah anda adalah tinggi dari normal. Ia adalah satu daripada faktor utama untuk mendapat sakit jantung atau angin ahmar.

Diabetes berlaku apabila pankreas dalam badan tidak lagi menghasilkan insulin atau badan tidak boleh menggunakan insulin sendiri dengan berkesan. Makanan yang kita makan akan bertukar kepada gula dalam badan kita. Insulin akan digunakan untuk membawa gula dalam saluran darah ke dalam sel dan tisu, di mana ia akan digunakan untuk bahan bakar.

Apabila kekurangan insulin, gula tidak boleh dibawa ke dalam sel dan tisu, maka paras gula dalam badan akan meningkat. Ini akan merosakkan sel yang memerlukan glukosa untuk bahan bakar dan juga ini akan merosakkan organ dan tisu yang didedahkan kepada tahap glukosa yang tinggi.

2 JENIS UTAMA DIABETES

1. Jenis 1 - "Diabetes atau Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (bergantung pada Insulin)
o Biasanya berlaku pada kanak-kanak dan remaja
o Biasanya tidak dapat menghasilkan insulin

2. Jenis 2 - "Diabetes atau Non-Insulin Dependent Diabetes Mellitus" (tidak bergantung pada insulin)

o Jenis paling biasa ditemui dan lebih daripada 90% penghidap diabetes adalah penghidap jenis ini.
o Selalunya pada orang yang berumur dan berat badan berlebihan.

TANDA TANDA ANDA MENGHIDAP DIABETES

Anda boleh mengalami berlainan tanda-tanda dan gejala. Walaubagaimanapun, gejala yang biasa dialami ialah:

* Haus/dahaga (haus yang berlebihan)
* Letih
* Berat badan menurun
* Penglihatan kabur
* Otot lemah
* Gatal

Lain-lain gejala termasuk:

* Pengidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas

Ingat ye...jangan tunggu ada tanda-tanda ni baru anda nak kenalpasti anda penghidap diabetes atau tidak sebabnya ada juga yang menghidapi diabetes tanpa ada apa-apa gejala.

INDIVIDU YANG BERISIKO TINGGI

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidapi diabetes. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk menghidapi diabetes jika mempunyai perkara berikut:

* Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko anda untuk menghidapi diabetes
* Berat badan berlebihan atau obesiti.Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap diabetes.
* Impaired glucose tolerance (IGT).
* Latar belakang keluarga yang mempunyai diabetes
* Sejarah diabetes pada kehamilan terakhir.
* Sejarah mempunyai bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih ) .
* Tekanan darah tinggi
* Gaya hidup tidak aktif
* Faktor pemakanan - pengambilan makanan berlemak tinggi dan kurang pengambilan makanan berserat
* Tahap lemak/ kolesterol yang tinggi

Shaklee ada menyediakan rangkaian produk yang boleh diambil bagi mengawal penyakit kencing manis ini.

1) ESP 
- Membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah dan penyembuhan luka

2) VITA-LEA
- Mengandungi imbangan vitamin dan mineral yang lengkap.

3) GLA COMPLEX
- Mengimbangi hormon insulin dan menurunkan paras kolestrol

4) VITA-C 
- Mengukuhkan kapilari dan salur darah

5) ZINC COMPLEX
- Membantu tubuh menghasilkan insulin dan pemulihan luka dengan cepat

6) ALFALFA COMPLEX
- Membantu menstabilkan gula dalam darah

Selain produk di atas, jika anda mempunyai bajet yang banyak atau anda memang tidak suka makan suplemen tablet dalam kuantiti yang banyak, anda boleh mencuba VIVIX. Sangat-sangat berbaloi!

Resveratrol di dalam Vivix membantu meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin. Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes dan jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh mengurangkan diabetes.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.

Resveratrol juga mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita. Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.

Pilihan adalah di tangan anda dan bergantung kepada bajet yang anda ada. Hubungi Saya untuk buat pilihan mengikut bajet anda ok?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan