03 September 2010

KEK CHIFFON PANDAN

My Lovely Arina


Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
• 150gm tepung kek 
• 1 camca teh baking powder 

Bahan B 
• 4 biji kuning telur saiz A 
• 70gm gula castor 
• 1/4 camca teh garam halus 

Bahan C 
• 85ml corn oil, 
115ml jus pandan, 

Bahan D 
• 4 biji putih telur saiz A 
• 70gm gula castor 
• 1/2 camca teh cream of tartar 

CARA CARA

• Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.

• Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan corn oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata. 

• Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau.

• Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau. 

• Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.

• Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. 

• Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati. 

• Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min. 

• Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
 
• Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan