Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Ramadhan. Papar semua catatan

04 Ogos 2011

Ramadhan Tiba Lagi

My Lovely Arina

Salam kesyukuran buat semua kerana kita berpeluang lagi melalui bulan Ramadhan bagi tahun ini. Bulan Ramadhan membuat seribu pahala yang menunggu setiap insan yang mengerjakannya.

Kita sebagaimana manusia bersyukur kerana berpeluang dapat menjalankan ibadah puasa serta dapat mengerjakan solat tarawih pada tahun ini.

Latar Belakang

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga cukup 8 ataupun dua puluh rakaat.
Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.

[sunting]Dalil

Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang Tarawih. Abu Hurairah berkata; “Rasulullah S.A.W. sangat menggalakkan sembahyang tarawih sekali pun beliau tidak mewajibkannya.” Beliau bersabda: “Sesiapa yang mengerjakan Qiyamu Ramadan semata-mata kerana iman dan mengharap ganjaran dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang lampau.” Qiyamu Ramadan ialah menghidupkan malamnya dengan mengerjakan sembahyang.
Aisyah r.a. berkata; “Rasulullah s.a.w mengerjakan sembahyang tarawih di masjid, kemudian ramai sahabat-sahabat yang mengikutnya. Pada malam berikutnya baginda S.A.W. mengerjakannya lagi di masjid, sahabat-sahabat yang datang pun semakin ramai. Pada malam ketiga sahabat-sahabat berkumpul di masjd menunggu kedatangan Rasulullah S.A.W. tetapi beliau tidak hadir. Besok paginya Rasulullah berkata kepada mereka; “Sesungguhnya aku melihat sambutan kamu. Sebenarnya aku tidak datang pada malam itu hanya kerana takut sembahyang itu diwajibkan ke atas kamu.” Dan peristiwa itu terjadi pada bulan Ramadan.

[sunting]Hukum

Hukum mengerjakan sembahyang tarawih adalah sunat muakkad (sunat yang sangat dituntut) bagi dikerjakan oleh orang-orang Islam lelaki dan perempuan pada tiap-tiap malam bulan Ramadan sama ada secara berseorangan atau berjemaah. Sembahyang tarawikh lebih afdal dikerjakan secara berjemaah di masjid, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
Menurut Imam Al Ghazali dalam buku Rahsia-Rahsia Solat, walaupun solat terawih boleh dilaksanakan secara sendirian tanpa berjemaah, solat terawih yang dilakukan secara berjemaah lebih afdal, sama seperti pendapat Umar r.a. yang mengingatkan bahawa sebahagian solat nawafil telah disyariat dalam solat berjemaah. Solat terawih termasuk solat Tahajjud atau shalatul lail dengan membaca al-Fatihah pada setiap rakaat dan membaca ayat-ayat atau surah daripada al-Quran.

[sunting]Cara Solat Tarawih

Waktu sembahyang Tarawih ini ialah selepas menunaikan sembahyang Fardhu [Isyak] sehinggalah ke larut malam. Sembahyang Terawih ditunaikan dengan kumpulan dua rakaat, pada tiap-tiap satu kali takbiratul-ihram kemudiannya dilakukan lagi sehingga genap rakaat yang dikehendaki. Rukun sembahyang sunat Tarawih ini sama sahaja dengan rukun sembahyang yang lain.
Solat sunat Tarawih tidak perlu dibuat sebaik sahaja selesai menunaikan solat Isyak. Sebaliknya, pengamal boleh melewatkan menunaikan solat sunat Tarawih mengikut pilihan, kerana solat sunat tarawih boleh dibuat sehingga sebelum solat Subuh. Biasanya di Malaysia, solat Tarawih dimulakan selepas jemaah selesai menunaikan solat sunat dua rakaat selepas solat Isyak. Sembahyang Tarawih dilakukan dengan Imam menyaringkan bacaan seperti mana bacaan semasa solat [Subuh].
Lafaz Niat Sembahyang Tarawih:
Solat sunat39.gif
Bermaksud: Sahaja aku sembahyang Tarawih dua rakaat makmum kerana Allah Taala.
Walaupun demikian, ada beberapa cara dalam mengerjakan solat Tarawih, salah satunya dengan formasi 2 kali 4 rakaat masing masing dengan sekali salam setiap selesai 4 rakaat. Oleh kerana itu, dalam niat solat Tarawih, niatnya disesuaikan menjadi "arbaa raka'ataini".

[sunting]Bilangan Rakaat

Umat islam menunaikan sembahyang tarawih di bulan Ramadan
Pada zaman Rasulullah S.A.W., sembahyang Tarawih dikerjakan sebanyak 8 rakaat saja supaya tidak menimbulkan sesuatu keberatan. Rasulullah S.A.W. juga tidak memberatkan solat ini ditunaikan di masjid kerana tidak mahukan sahabat berfikiran solat ini solat yang wajib. Pada zaman Khalifah Umar bin Al-Khattab pula beliau menambah lagi menjadikan 20 rakaat kerana beliau berpendapat bahawa orang-orang Islam pada zamannya itu tidak keberatan lagi menunaikan sembahyang sebanyak itu.
Sembahyang ini juga dibuatkan sebanyak 20 rakaat dan ditambah 3 rakaat sembahyang witir. Pada umumnya masyarakat Islam di Malaysia mendirikan sembahyang Tarawih sebanyak 20 rakaat dengan ditambah dengan 3 rakaat sembahyang witir.
Sembahyang tarawikh boleh dibuat sebanyak lapan rakaat, sesuai dengan keterangan Aisyah r.a. : “Rasulullah S.A.W. tidak pernah mengerjakan sembahyang sunat, bulan Ramadan atau bulan lainnya, lebih dari empat rakaat, kemudian beliau kerjakan lagi empat rakaat (Jangan tanya tentang baik dan panjangnya), kemudian beliau tambah lagi tiga rakaat yakni witir.” Riwayat Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim; “Rasulullah mengerjakannya sebelas rakaat, temasuk di dalamnya sembahyang witir.”
Dalam isu bilangan rakaat yang harus dilakukan dalam solat tarawikh, Rasulullah SAW tidak pernah menetapkan berapa rakaat yang perlu dilakukan. Malahan Rasulullah menggalakkan umatnya untuk bersolat sunat berterus-terusan tanpa ada batasan. Imam Bukhari dan Muslim dalam Kitab Sahihnya merekodkan bahawa Ibnu Umar berkata, “Rasulullah bersabda: Bersolatlah kamu dua rakaat-dua rakaat (berulang-ulang) dan jika kamu bimbang akan terbitnya waktu subuh maka bersolatlah witir satu rakaat sebagai penutup”.
Ahli Madinah yang tahu mengenai perkara ini, tidak pernah mengehadkan jumlah rakaat dalam solat tarawih mereka. Menurut Imam Malik pada zaman beliau iaitu di penghujung kurun pertama dan awal kurun kedua Hijrah, beliau dapati ahli Madinah melaksanakan solat tarawih dengan bilangan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.
Kenyataan ini disokong Daud bin Qois iaitu seorang tabien di dalam Fathul Bari, yang dinukil Imam Ibnu Hajar As-qolani. Beliau berkata, “Aku menjumpai orang pada zaman pemerintahan Aban Ibnu Usman dan Umar Ibnu Aziz di Madinah. Mereka melaksanakan solat tarawih dengan 36 rakaat dan tiga rakaat witir.[1]
Di Masjidil Haram di Makkah, sembahyang terawih dilakukan dengan diikuti oleh jemaah yang besar. Kebiasaannya imam membaca satu juzuk al-Quran pada setiap kali tarawih dan menamatkan seluruh al-Quran (30 juzuk) pada malam ke-29 Ramadan.

[sunting]Kelebihan Sembahyang Tarawih

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah s.a.w. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sembahyang (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

[sunting]

  

26 Ogos 2010

Salam Sahur

My Lovely Arina

Salam buat semua di pagi hari. Selamat bersahur jugak kepada semua. Jangan malas bangun udah la. Bangun pagi seronok juga rupanya.Al maklum setahun sekali ye. Itupun bulan ramadhan. Sebenar hari aku kurang tidur, aku rasa bukan kurang la, tapi tak tidur langsung, kerana up date apa yang patut. Haha...aku banyak menghabiskan masa tidur aku dengan facebook, kerana waktu malam baru dapat membalas apa yang patut dan tiada gangguan chat. Hahahaha.

19 Ogos 2010

Juadah Berbuka Puasa

My Lovely Arina

Salam buat reader semua. Hari ini kat ofis tak byk keje so sempat la aku upload apa2 yang patut. Sebenarnya tiada apa yang best pun. Cuma ramadhan kali best sebab aku dan baby arina dapat pergi mengerjakan solat tarawih. Walaupun arina kacau sewaktu aku solat, tapi aku masih boleh teruskan solat ku sehingga selesai 23 rakaat. Itu yang membuatkan aku byk bersyukur kerana allah masih memberi kesempatan ke atas diri aku untuk terus berterawih dan mengerjakan apa yang disuruh pada tahun ini.

Ini nah ceta sikit pasal juadah berbuka puasa nih. Semenjak bulan puasa nih semua orang kalut gi pasar ramadhan untuk membeli hidangan berbuka puasa. Sama lak cam aku..hari2 gi beli. Cuma kalau cuti baru masak. Tadi kalau sahur tuh kena la masak. Ceta pasal juadah nih bermacam dan berbagai juadah yang di jual sehingga tak mampu tgn nak bawa. Hahahaha

Itu la dikatakan nafsu makan. Aku ni kadang2 termasuk jugak dalam golongan ini. Tapi sekarang lahamdullilah dah boleh control sedikit tentang bab makan nih. Almaklum la, setiap hari dan setiap pasar ramadhan bermacam juadah yang dihidang pamerkan sehingga perut pun memula lapar la...apa lagi.

Kalau di kedah nih 'bermacam kuih tradiional dan masakan berbagai2 ala-ala masak. Sampai pening nak memilih dibuatnya. Itu belum tgk, kalau tgk semuanya mahu diangkut..

Sabar...sabar... jangan la engkau leka dengan makan kerana makan boleh membuat anda merana kesakitan. hahaha... pandai la aku nih....

04 Ogos 2010

KEPENTINGAN IBADAH PUASA

My Lovely Arina


Salam buat semua,


Ibadah puasa adalah termasuk dalam rukun Islam. Ini bermakna puasa termasuk ibadah yang terpokok. Yang menjadi perkara asas untuk membina peribadi Muslim. Apa yang ada pada puasa hingga dipilih ALLAH untuk masuk senarai rukun Islam? Mula-mula orang yang ingin pada Islam disuruh buat pengakuan dan kesaksian keyakinannya pada ALLAH dan Rasul: "Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan Muhammad itu pesuruh ALLAH."

Pengakuan ini kemudian disuruh buktikan melalui sembahyang. Berbagai ikrar, janji dan harapan kita bisikkan kepada ALLAH sewaktu sembahyang demi membuktikan kita taat tunduk (rukuk dan sujud) kepada-Nya. Menyatakan kerelaan fizikal dan mental kita menyerah diri kepada ALLAH. Menajamkan rasa
kehambaan di dalam hati dan menyuburkan rasa berTuhan di dalam jiwa.

Ibadah puasa jatuh nombor ketiga iaitu selepas ibadah sembahyang. Maksudnya, selepas membuat pengakuan taat setia, maka kita diuji dengan suatu perintah aneh iaitu puasa. Kita tidak dibenarkan makan disiang hari selama sebulan sekalipun lapar dan makanan ada dihadapan mata. Ertinya ALLAH mahu mendidik kita untuk
susah, berletih lesu, menahan keinginan pada sesuatu sekalipun ia ada di hadapan mata. Bukankah itu aneh? Orang yang jahil dan kurang faham akan menganggap ia
sebagai suatu penyiksaan dan bebanan lantaran itu berlalunya Ramadhan disambut dengan riang. Apa sebenarnya yang ALLAH kehendaki dari puasa?

Menahan keinginan terhadap sesuatu yang kita ingini adalah sesuatu yang perlu dan penting. Istilah kecewa atau frust lahir dari seseorang yang tidak dapat
menahan hati dari keinginan yang tidak tercapai. Dan kecewa adalah penyakit lumrah dalam masyarakat kini. Terkadang penyakit kecewa boleh membawa manusia kepada pelbagai lagi penyakit-penyakit jiwa yang lain.

Dan ini akan terus berlaku sebab kehidupan manusia selalunya terlalu banyak keinginan-keinginan yang tidak tercapai. Walau betapa bijak, kaya dan berkuasa
seseorang itu, dia tentu tidak dapat menolak taqdir ALLAH. ALLAH sudah tentukan bahawa tiap manusia itu akan diuji.

Tidak tahu sabar adalah suatu kekurangan yang merbahaya. Terlalu banyak perkara di dalam kehidupan yang meminta agar kita dapat berlaku sabar. Di dalam
menunaikan perintah-perintah ALLAH, di dalam menghadapi musibah dan kesabaran yang paling utama adalah bersabar di dalam meninggalkan
larangan-larangan ALLAH lahir dan bathin. 
Imam Bukhari ketika bermunajat dengan ALLAH berbisik-bisik:- "Bukan aku tidak sabar dengan ujian-Mu ya ALLAH, cuma hendak mengadu pada Mu, tempat aku kembali nanti. Memohon ketenangan, keampunan dan mutmainnah."


Begitulah seharusnya hati orang Mukmin tatkala berhadapan dengan persoalan hidup. Mereka tunduk dan patuh kepada kehendak ALLAH kerana merasakan
segala-gala yang berlaku adalah dengan keizinan dan kemahuan ALLAH. Malah mereka memuji-muji ALLAH kerana Maha Bijaksana dan Maha Adil-Nya melakukan kejadian itu. Kalau ujian berupa nikmat, mereka bersyukur bersama airmata kesyukuran dan kalau berupa kesusahan, mereka bersabar dan redha bersama airmata kesabaran.

UNTUK TUJUAN INILAH PUASA ITU DIPERINTAHKAN. ALLAH TENTUKAN KEHIDUPAN DI DUNIA ADALAH PERGILIRAN NIKMAT
DAN UJIAN. DAN KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH PADA MEREKA YANG BOLEH BERSYUKUR DAN BERSABAR. SEBAB ITU ALLAH
MAHU DIDIK MANUSIA KE ARAH ITU.

Bila kita berpuasa bererti kita mengajak diri kita bersabar terhadap keinginan kerana ALLAH, bukan kerana lain-lain. Dan kalau ini dilatih, dibiasakan selama
sebulan, ertinya kita membuat latihan jiwa untuk bersabar, untuk patuh menanggung kesusahan kerana
ALLAH.

Jiwa yang apabila berhadapan dengan kejadian yang malang, kecewa, hampa, susah dan kegagalan akan tunduk dan sabar dengan ALLAH, kerana ALLAH. Kita boleh berikhtiar untuk elakkan kemalangan itu tapi bukan dengan hati yang panas, marah-marah dan memberontak. Sebaliknya kesabaran menghadapi ujian semakin meningkatkan rasa kehambaan di dalam hati kerana merasakan lemahnya dia untuk menolak taqdir dan kuasa ALLAH. Inilah jiwa yang tenang.

Seseorang yang merasakan puasanya selama ini tidak membuatkan jiwanya mahu bersabar dengan keinginan yang tidak tercapai, kesusahan dan kegagalan, samalah dengan orang yang tidak berpuasa. Maka kalau puasa tidak membuahkan akhlak yang mulia dengan ALLAH dan sesama manusia, maka jadilah puasa itu sepertimana sabda Rasulullah; "Tidaklah diperolehi apa-apa dari puasa itu melainkan hanya lapar dan dahaga."

Kita berlindung dengan ALLAH daripada kerugian demikian.


Hanya untuk renungan buat semua.

02 Ogos 2010

Ramadhan Akan Tiba

My Lovely Arina

Salam buat semua reader. Alahi aku sekarang malas lak nak update blog nih asyik duk copy paste ye. Ya allah berikan kekuatan dan keimanan ke hambamu yang lemah ini sudah cergaskan minda dan pemikiran yang positif tentang kerja serta keluarga.

Bercerita tentang bulan Ramadhan yang akan datang ni memang la seronok. Bulan Ramadhan adalah bulan-bulan yang ditunggu oleh semua umat islam di dunia ini, tidak kira berada di mana pun. Bagi aku persiapan bagi ramadhan ini adalah kerohanian dan kewajipan terhadap solat dan kalau sempat boleh mengulangkaji al-quran bersama-sama suami untuk pengertian dan maksud yang mendalam di bulan ramadhan ini.

Ramadhan ini bagi aku membawa seribu maksud yang mendalam dan memberi pengertian serta keinsafan terhadap manusia di dunia ini. Keajaiban yang allah subanallah berikan kepada kita dengan penuh nikmat.

Oleh itu bagi aku manusia yang sangat kerdil ini supaya banyak bertaubat kepada allah dan banyakkan berzikir supaya masa yang ada tidak ketinggalan dengan segala faedah daripada allah kepada hambanya. Rezeki  kita dapat dari rezeki yang halal dan sedekah yang kita keluarkan daripada sumber yang halal.

Ramadhan bulan yang amat mulia dan sangat-sangat bertuah aku yang tinggal dibumi allah ni dapat mengerjakan puasa pada bulan ramadhan dan dapat mengerjakan solat tarawih bersama-sama seluruh umat islam tidak mengira kaum melainkan agamanya tetap islan.

Ramadahan memberi kesabaran dan kesederhaan dalam pelbagai keperluan. Oleh itu kita sebagai umat kepada allah haruslah ada sifat kesabaran. Makanan yang kita makanan perlu sederhana saja tak perlu terlalu banyak sehingga telah membuat satu pembaziran.

Sempena menyambut bulan Ramadhan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menjalani Ibadat Puasa kepada seluruh umat Islam di dunia dan tidak mengira kaum tetapi agama islam. RAMADHAN AL MUBARRAK.

Makkah Taraweeh-(Night 1)-Sheikh Sudais



My Lovely Arina

28 Julai 2010

BULAN RAMADHAN

My Lovely Arina

Salam buat  semua reader. Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Oleh yang demkian, kita harus lah bersiap sedia dalam bulan yang paling istimewa ini. Bagi diri aku, persiapan awal untuk bulan ramadhan bukan setakat puasa saja, malah kita kena memhami dan merasai pengertian yang sangat mendalam. Pengertian kita harus luas tentang ibadat yang kita laksanakan ini supaya apa yang kita buat mendapat pahala yang berganda.

Bulan puasa yang bakal tiba ini, memberi kita,  sebagai manusia menginsafi apa yang telah kita alami dan orang lain alami. Puasa juga menasihati kita supaya tidak membazir atau tamak dengan makanan sewaktu berbuka. Kita harus berkesederhana sahaja. Bukan membazir tak tentu pasal.

ok lah nanti aku sambung lagi aku nak gi sembahyang lak.