Memaparkan catatan dengan label Saudi Arabia - Madinah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saudi Arabia - Madinah. Papar semua catatan

04 Mei 2015

Umrah Part 3

Assalamualaikum. . .

Aduh lamanya tertangguh bab umrah nih. Dah hampir 5 bulan. Tapi ceta belum siap..

Banyak sgt keje dan kadang2 tak sempat lak singgap kat blog kesayangan nih.

Tapi dengan apa cara aku akan siapkan ceta aku..rugi kalau aku simpan ye..

Setelah berada di Madinah kami sempat  memasuki raudhah sebanyak 3 kali. Itu pun terlalu ramai org. Mlm sebelum aku di bawa oleh kakakku di bahagian depan sekali untuk bersolatbdan berdoa di situ. Keesokan harinya aku jugak sempat memasuki raudhah bersama2 jemaah yang lain. Aku rasa rugi jika tidak ke raudhah. Dengan izinnya aku sempat bersolat di sana dan dapat melakukan solat tahajud. ..solat hajat dan solat2 sunat.


Dihadapan dan di dalam raudhah. Sempat bergambar kenangan. Semoga allah menjemput lagi aku ke sini. 



Malam yang begitu dingin dengan tiupan angin malam di hadapan masjid Nabawi.



Sempat bergambar selepas solat asar. 


Sebelum pulang ke hotel sempat meninjau dan melihat2 kawasan hotel2 di madinah.


Dibawa melawat sekitar masjid nabawi yang masjid letaknya kubah hijau dan di situ lah letak makan nabi Muhammad saw.
tidak lupa jugak berselawat ke atas baginda.


Hari berikutnya dapat melawat masjid quba. Dapat mengerjakan solat sunat.


Hari terakhir di madinah dan membeli sedikit buah kurma dan jubah2 sebelum keesokan harinya  kami akan bersiap sedia untuk berangkat ke mekah dan mengerjakan umrah. 


Kunjungan terakhir dan ucapan selamat tinggal buat nabi Muhammad  saw .
 Ya Allah semoga engkau memberi peluang kepada ku dan keluargaku untuk datang lagi ke madinah. Engkau jangan jadikan junjungan ni junjungan terakhir buat ku. Engkau berikan aku dan keluarga dimurahkan rezeki untuk datang lagi dan beribadat di rumahmu.


06 Februari 2015

UMRAH PART 2

Assalamuailaikum buat semua......

Sebelum aku mulakan cerita Al Fatihah buat abang iparku Mohd Fuad Bin Zainon yang baru kembali ke rahmatullah pada 10 Jan 2015. Semoga rohnya dicucuri rahmatnya. Arwah jugak turut serta dalam umrah ini. Semoga isteri dan anak2 beliau tabah dengan pemergiannya. Semoga allah telah mengampun dan memberi tempat yang paling mulia buatnya.



Al fatihah.......

Sambung Umrah dari Part 1

Kami selamat tiba di King Abdul Aziz Jeddah Airport, Saudi. Alhamdulilah syukur sgt kerana diberi peluang dan dijemput menjadi tetamunya. Rasa sebak yang tidak terkata, hanya allah sahaja yang tahu perasan setiap ahli rombongan umrah pada kali ini.

Sebaik tiba di Jeddah, kami dikehendaki beratur mengikut muslimah dan muslimat. Satu kejadian dan dugaan pertama telah berlaku. Passport salah seorang Jemaah kami telah diambil oleh askar yang bertugas di Airport tersebut. Kami terpaksa memohon dan menerangkan keadaan sebenar sebelum anggota askar tersebut memulangkan balik passport tersebut. Beliau berkata Jemaah tersebut tidak mengikut arahan. Sebenarnya Jemaah tersebut baru sahaja spai dan masuk ke airport kerana beliau terpaksa membawa ibunya yang duduk di atas kerusi roda. So lambat la sikit pergerakkan dia yang membuat askar tersebut benggang dan satu patah English pun askar tersebut tidak faham. Dugaan pertama buat kami semua. Sabar dan memohon kepada allah supaya allah memudahkan lagi urusan kami semua.

              

Semua jemaah umrah beratur dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Immigration Atab Saudi. Alhamdulillah jemaah wanita selesai masuk untuk mengambil segala bagasi setelah dicopkan passport oleh pegawai Immigration. Masalahnya jemaah lelaki belum muncul2 setelah hampir 2 jam. Aku pun berurusan dengan abang aku yang sedang menunggu kami di luar. Rupa-rupanya jemaah lelaki diberi keutamaan kepada warga emas so kena tgu laaa. Terpaksa tgu hingga mereka selesai. 

Sementara menunggu mereka kami sempat bersolat  jamak maghrib dam isyak dulu. Lama jugak kami.menunggu mereka, apabila mereka keluar dari pintu Immigration terus mereka ke ruang solat. Sementara itu abang yang menguruskan jemaah ini memaklumkan bahawa bus sedia menunggu di ruang hadapan. 

Apabila setelah selesai semua kami ke bus untuk membuat perjalanan ke Madinah. Sebelum tu sempat la bertukar duit yang telah disediakan oleh kakak aku dan membeli sim kad arab untuk kegunaan semasa berada di Madinah dan Makkah untuk berhubung dengan anak2 di malaysia dan jemaah yang ada di sini.

Dengan bacaan doa perjalanan kami memulakan perjalanan dari Airport Jeddah ke Kota Madinah yang mengambil masa lebih 5 hingga 6 jam perjalanan. 

Kami singgah di suatu tempat untuk membeli makanan dan minuman. Sambil2 menghirup udara sejuk di luar bus. 

Aku suami dan anak tak makan pun sebab kakak aku dah membuat sedikit bekalan ringan buat kami dan jemaah lain. Hanya membeli air untuk minum sahaja.

Kami meneruskan perjalanan ke Kota Madinah di waktu malam yang dingin lagi sejuk. Sekarang kat madinah 15°Celsius. Sejuk tu. Hidung mula berdarah dan mulut kami mulai pecah disebabkan cuaca yang agak sejuk.

Masing2 mengambil kesempatan tidur seketika sementara untuk sampai di Madinah. 

Tepat jam 3.30 pagi kami sampai di Hotel Al Eiman Taibah Madinah. Aku bersama ahli jemaah lain menurunkan beg dan berdaftar untuk masuk ke hotel. Sementara kakak aku tolong  checkin kan bilik2 untuk semua jemaah. Aku sempat melihat keadaan  sekeliling dan suasana sebelum masuk waktu subuh orang berpusu pusu ke Masjid Nabawi bagi mengerjakan solat subuh. 

Apabila selesai sahaja check in bersama jemaah lain aku dan jemaah lain bersiap sedia untuk ke Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat subuh dan solat sunat kesyukuran kerana allah memberi keizinan untuk datang menziarahi makam rasullah. 

Hati begitu sayu tatkala mengenangkan nasib dan rasa bertuah kerana allah menjemput menjadi tetamu yangvpaling istimewa yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Hanya allah yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku dengan izinnya aku menjejak kaki di Masjid Nabawi. 

Aku bersama Nur Arina Iffah di bawa ke hadapan dan duduk di bawah kubah yang boleh melihat langit. Ya allah aku dan arina bersyukur sangat kerana allah mahu aku berada di situ dan tempat di hadapan sekali untuk aku bersolat subuh dan solat sunat. Tak tergambar perasan ketika itu hanya air mata sahaja yang mengalir tanda kesyukuran. 

Walaupun anak aku arina yang beliau tidak mengerti apa2 tentang umrah mahupun ziarah tetapi dia lah yang paling bersemangat untuk solat bersama2 dan sentiasa tersenyum kerana gembira kata dapat masuk dalam masjid nabawi. Ustazah dan cikgunya pesan suruh doa banyak2. Alhamdulillah dia dapat membuat dan membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW. 



Sempat bergambar setelah selesai solat subuh dan solat zohor.  Masing2 dengan penuh kesyukuran dapat hadir ke Masjid Nabawi. Terasa tenang sekali bila berada di sini. 


Setiap waktu kami tidak lepas peluang untuk mengambil gambar kenangan di hadapan Masjid Nabawi.


Pintu Masjid Nabawi yang begitu cantik sekali diabadikan.



Memasuki Raudhah pada pukul 11 malam ketika tidak ramai orang. 

Dapat berada di hadapan sekali dan berdoa serta bersembahyang di barisan hadapan.

Dapat menziarahi makam rasullah. 

Selawat serta salam daripada diri sendiri dan rakan2 yang menyampaikan salam pada rasullah
Al fatihah

Kenangan bersama arwah.

Akan disambung dalam part 3. Tguuu

29 Disember 2014

UMRAH DISEMBER 2014 PART 1

Assalamualaikum buat semua bloggers yang dikasihi.
Salam sayang dari kota mekah al mukaramah.
Bersyukur ke hadrat ilahi kerana diberi kesempatan untuk membuat ibadah umrah selama 12 hari Kota Madinah dan Kota Makkah.
Kenangan  yang pasti tidak akan dilupakan dan mohon diberi peluang lagi untuk ke sana.
Subanallah Alhamdulillah  Allahuakbar 
Cantik sungguh bumi cipta allah yang pasti setiap insan yang pergi pasti akan merasa tenang dan akan rasa ingin kembali lagi ke sana. Begitu jugak dengan aku yang pertama kali mengejak kaki ke sana pasti ingin datang lagi jika diberi peluang untuk aku dan keluarga dan diizinkan allah untuk ke sana lagi. Doa dipanjat semoga allah menjemput aku dan  keluarga untuk hadir ke rumahnya lagi pada tahun2 akan datang. Insyallah....
Sebelum aku memulakan pengembaraan umrah bersama keluarga sebelah suami dan keluarga abang iparku. Aku akan memperkenalkan seorang demi seorang keluarga yang turut serta dalam pengembaraan umrah pada kali ini.
Kak Roishah,  Nabila, Linda, Hjh Khalidah, Kak Yah, Arina, Kak Ngah, Syifa, Mak Ngah Fatinah, Kak Limah, Mak Rosnah, Kak Long Izzati, Hj Zamri, Ridzuan, Pakcik Zaidi, Hj Zainon, Abg Fuad dan Bazli.....

(Tuan Hj Zamri yang mengurus visa kami sekeluarga)

Berkat doa semua ahli keluarga kami semua sampai jugak bumi Jeddah...Madinah..Makkah

Perjalanan kami ini tidak menggunakan travel agensi hanya visa sahaja yang diambil melalui travel agensi yang lain semua diuruskan dengan sendiri dengan pertolongan kakak dan abang yang berada di Saudi. 

Pada mula kami ingin menggunakan travel agen dari syarikat Andalusia. Tetapi abang aku telah mencadangkan supaya  membuat  perjalanan sendiri kerana ramai yang turut  serta dan boleh membuat sedikit budget travel umrah tetapi boleh duduk di hotel bertaraf 5 bintang dan penerbangan menggunakan Malaysia Airlines.

Mula2 terasa macam tak yakin sebab selalu orang menunaikan umrah selalunya melalui travel agent. So takut jugak visa tak lepas atau sebaliknya. So bermula dengan pencarian peserta yang ingin turut serta semuanya adik beradik sahaja. Tidak ada langsung orang asing atau kawan2. Hanya lah keluarga  sebelah suami dan adik abang iparku.

So apabila senarai nama telah dapat aku dan suami memulakan langkah demi langkah bagi memastikan segala atau setiap maklumat lengkap dan jelas. Memandangkan kami merupakan pertama kali ke sana dan masih banyak lagi kena menuntut ilmu dari kursus2 dan dalam internet. Yang lain kebanyakan sudah bertitle haji dan hajah dan ada juga masih belum bertitle. hihihi

Aku dan suami merupakan orang kuat dalam mengambil segala maklumat setiap jemaah dan memberitahu apa yang patut dan bertanggungjawab terhadap semua sekali...

Rasa cam nak pengsan tapi allah bagi kekuatan untuk membantu semua jemaah supaya dapat melaksanakan ibadah umrah buat kami dan mereka dengan sempurna. Syukur allah tolong kami.

Segala persiapan dari segi tiket kapal terbang di booking oleh travel agensi memandangkan tiket yang dapat diambil hanya untuk 10 orang menggunakan nama kakak aku tetapi yang pergi 17 orang so terpaksa Tuan Haji Zamri membantu kami untuk membuat booking flight mas dan visa setiap orang.  Apabila selesai urusan booking tiket flight.  Kakak dan abang membuat tempahan hotel di Madinah dan Mekah serta makan 3 kali di Madinah dan bas yang boleh memuatkan kami semua. Tapi setiap booking hotel di perlukan  muaasah bagi tujuan umrah. Nasib baik la kakak aku menetap lama di Riyard so banyak lah kenalan dan urusan pun mudah dan pantas. 

Segala keperluan bagi jemaah kami meminta kakak di Changlon dan di N9 membantu kami. Mereka lebih experience dalam hal mencari barang dan keperluan umrah. So mereka listkan kepada kami sambil aku jugak mencari maklumat2 penting  dalam internet bagi memudahkan urusan umrah. 

Segala persiapan telah di persiapkan dan menunggu hari ye nak berlepas. Tapi visa masih belum diketahui lagi walaupun tempoh masa hanya tinggal 1 minggu. Segala cuti dan kebenaran untuk ke luar negara telah pun diluluskan dengan mudah sekali. Alhamdulillah.  

Memandangkan masa dah semakin hampir semua ahli keluarga sibuk mengadakan kenduri dan doa selamat tapi aku dan suami masih menunggu visa yang belum kunjung tiba. Dalam sibuk2 mereka membuat segala persiapan aku dikejutkan oleh kakak di waktu malam lebih kurang jam 11 malam yang menyatakan visa kami semua dah dapat lebih kurang 5 hari sebelum bertolak. Syukur alhamdulillah kepada allah kerana mengizinkan kami sekeluarga pergi untuk membuat ibadat kepadanya dengan mudah. Hati nih rasa bermacam2 perasan yang timbul..seronok..sedih...bimbang...semua aku dapat rasakan. 

Dengan tidak melengah lagi aku memaklumkan kepada ahli keluarga dalam whatsapp group yang menyatakan visa telah diluluskan oleh Kerajaan Arab Saudi. Apalagi riuh rendah dalam whatsapp yang tidak berhenti memanjatkan rasa bersyukur semua sekali. Ada yang sibuk nak packing beg dan bermacam2 ragam oleh ahli keluarga.  

Keesokan hari aku dan suami mula pergi mencari beg dan segala keperluan  yang belum ada dan start packing beg untuk 3 orang kami . Hati berdebar rasa cam tak sabar sangat nak tgk kaabah..nak masuk raudhah dan nak menziarahi Makam Rasullah. Segala2 ada di dalam hati. Aku yang masih bekerja sehingga hari terakhir iaitu 9.12.2014 menghabiskan semua kerja2 sebelum aku start cuti mulai 10.12.2014 sehingga 28.12.2014...huhuhu lama tu...membuat dan membahagikan kerja kepada staf lain bagi memudahkan mereka berurusan semasa ketiadaan aku.  Mohon allah permudahkan segala urusan pejabat dan ibadah umrahku. Suamiku jugak begitu sehingga hari terakhir masih bekerja dan membereskan segala urusannya.

Dua hari sebelum berangkat ke Tanah Suci  aku dan suami mengadakan doa selamat dan majlis kesyukuran di rumah dan menjemput jiran2 sahaja. 

10.12.2014

Hari yang di tunggu telah datang. Segala persiapan dan buku2 keperluan telah dibawa dan dihafal. Insyallah semoga allah permudahkan perjalanan kami untuk melakukan umrah.

Tepat jam 4.30 pagi semua anak2 dan bangun termasuk abang nazmi dan nazirul yang tidak turut dalam perjalanan tersebut. Mereka tinggal dirumah berdua dan ditemani oleh seorang sepupu yang sedang bercuti. 

Segala persiapan telah tersedia, hanya menunggu subuh dan tok iman dari Surau Al Siddiq Taman Tunku Sarina yang akan membuat sedikit doa perjalanan buat kami bertiga sebelum menuju ke Airport Sultan Abdul Halim Kepala Batas Alor Setar. Jiran sebelahku En Fadzil yang menghantar kami sekelurga ke Airport. 

Tetapi di rumah bapa mertua ramai yang telah berhimpun di sana termasuk kak ipar kak fatinah dan syifa  dari Changlon....Abang Fuad dan Kak Halimah dari Alor Setar serta Ayah dan Mak.  Mereka telah bertolak dari Simpang Empat jam 5.30 pagi dan bersembahyang Subuh di Masjid Titi Gajah dan Masjid Kepala Batas. 

Tepat jam 6.45 pagi aku dan keluarga bertolak dari rumah ke Airport Sultan Abdul Halim untuk membuat check in bagasi. Memandangkan check in penumpang telah dibuat sehari sebelum tarikh tersebut.  Maka hanya bagasi saja perlu di check in. Syukur semua selamat dan sempurna di aturnya dan ada jiran dan saudara mara yang turut serta menghantar kami dan keluarga  di Airport. Riuh rendah la...ada yang tak tahan air mata dan bermacam2. Aku dan suami cool ye tapi dalam hati sapa yg tahu sedih meninggalkan dua orang anak lelaki.

Apabila selesai bersalam  dan berpeluk cium bersama keluarga tiba masa untuk masuk ke dalam. Kami menaiki pesawat Malaysia Airlines tetapi delay sedikit. 

Tepat jam 9.00 flight MAS selemat berlepas di ruang udara  dan tiba di KLIA  pada jam 10 pagi. Selesai segala bagasi. Kami berjalan menuju ke Tingkat 5 Perlepasan Antarabangsa untuk berjumpa dengan kaum keluarga dari Bidor, Perak dan Negeri Sembilan. 

Wah meriah dengan sanak saudara dari N9 yang menghantar. Riuh rendah di KLIA kerana banyak tetamu allah yang akan berangkat bersama kami dan berlainan flight.  Rasa cam tak sabar sangat untuk sampai ke sana.

Tepat jam 11 pagi Haji Zamri telah bersedia memberi bantuan untuk check in di kaunter MAS. So aku dan suami yang handle  semua bagasi2 keluarga untuk melepasi kaunter pendaftaran. Alhamdulillah segalanya telah selesai dengan selamat sementara menunggu jam 3 petang untuk bertolak.  Kami semua gi makan dulu isi perut yang masih kosong nih ...rehat jap...solat zohor dan terus masuk ke ruang menunggu. Alhamdulillah semua selamat tanpa apa2 sekatan. Syukur sangat.

Sambil berada di ruang menunggu sempat lak Abang Fuad bersalam dengan Aziz M. Osman yang naik flight yang sama dengan kami untuk menunaikan umrah bersama anak2 dan ibu beliau serta keluarga.  

Bergambar sebelum menaiki pesawat

Urusan check in

Menunggu di ruang menunggu pesawat

Sempat tukar sedikit riyal. Yang lain dah booking. 

Abg Fuad...Mak...Ayah...Kak Nah...Syifa
Ready to fly

Alhamdulillah kami melepasi ruang udara KLIA jam 3.15 waktu Malaysia. Dijangka tiba jam 7.30 malam waktu Saudi di Jeddah Airport. Lebih kurang 8 jam 46 minit.

Tak sampai setengah jam  di udara. Makanan siap terhidang  wah nasi briyani lagi....air epal...kek...buah ...aduh sedap  gak...

Lepas tu masing2 tidur kekenyangan. Aku dan Nur Arina yang tak tidur... asyik melayan dia sembang sampai tak sedar ada pengumuman memaklumkan bahawa miqat di Qurnul Manazil. Ramai jugak jemaah yang telah miqat di sini. Semua telah bersiap sedia memakai ihram. 

Pilot memaklumkan bahawa penerbangan akan spai ke Jeddah lebih kurang 2 jam lagi. Hidangan kedua telah disediakan wah sedapnya nasi kashbah dan spaghetti....boleh pilih yang mana suka. Memandangkan kelaparan jugak aku memilih nasi jgk unyuk hidangan kedua. Wah sedap...ada kek ... vegetables... yogurt...roti...jem...butter...wah sedap bersama air epal.

Aircrew memaklumkan bahawa kita akan spai lebih kurang 20 hingga 30 minit. Excited sangat nak spai jeddah. Rasa cemas...gembira...gentar...semua perasan dapat  dirasai. 

Alhamdulillah kami mendarat tepat jam 7.35 malam di King Aziz Airport Jeddah. Pertama kali berada di Jeddah dan memasuki negara Saudi. Sujud syukur kepadanya dengan izinnya aku spai ke sini.

So rehat dulu kita sambung ke episode seterusnya.