17 April 2010

BANDUNG

Hari Kedua 27 Mac 2010

Hari Kedua aku di bandung.
Awal pagi udah aku bersiap sedia untuk memulakan shoppingku. Entah apa yang aku nak beli. Turun dari hotel udah ada bapak supirnya. Aku bersama keluargaku berangkat ke pasar baru. Awal bangat kami sampai, kedai-kedai di pasar baru mula dijejaki oleh kami yang baru hendak memulakan perniagaan. Rabun mata aku dibuatnya. Aku rasa macam nak beli satu pasar baru tu. Gila sungguh aku. Sampai suamiku kata sabar ya. Tgu dulu banyak lg lantai yang belum ku kunjungi. Setiap lantai aku sampai, semua best. Udah pening dibuatnya. Nasib baik baby ku tidur. Dia tak banyak ragam sangat. Tak larat aku menepis bapak-bapak yang ingin menjual air. Dari satu orang ke satu orang.

Dari jam 8.30 pagi sehinggalah 2 petang. Kuat sungguh aku berjalan bersama keluarga. Nasib baik anak-anak lelaki yang dua orang ni tak cerewet, ikut ye. Tapi adalah upahnya.

Dapat dpat memborang berjuta-juta rupiah di sana. Selepas tu, bapak supir membawa kami ke factory outlet. Disana banyak sungguh factpry outletnya. barangannya murah tetapi original asli dipanggil di indonesia. Si kecil aku dapatbanyak baju untuk dia. Semua comel-comel belaka. Aku bersama suami ku pergi dari sat factory oulet ke satu factory outlet. Dimuala dengan factory Heritage dan dikiri kanan jalan bersepah factory outletnya. Setiap factory yang aku masuk mesti beli punya. Sehinggalah penat berjalan dan hujan mulai turun di tanah bandung. Selapas tu aku danfamily ku beredar dari situ dan kami pulang untuk sembahyang dan berehat dulu. Malam kami ke makan di restoran Pak Cik Met. Makanan sunda. Selepas itu kami pergi ke Rumah Mode. Orang kata kalau datang bandung kena pergi ke Rumah Mode. Pemandangan yang cantik diluar rumah mode tu. Kat sana pun aku borong lagi sehingga factory tu tutup.

Balik rehat dan sambung esok lagi. Banyak lagi yang hendak dibeli dan dilawati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan