11 April 2010

JAKARTA & BANDUNG 26 MARCH HINGGA 30 MARCH 2010


Hari Pertama 26 Mac 2010
Alor Star - Kuala Lumpur
Kuala Lumpur - Jakarta
Jakarta - Bandung

Salam. Udah lama aku tidak menulis ke ruang nih. Masa yang amat terhad di sebab anak-anak sering menggunakan dan aku aku kalut sikit dan masa amat mencemburu aku. Aku baru pulang dari negara jiran kita iaitu Indonesia yang mempunyai penduduk yang ramai. Aku ke sana bersama keluargaku untuk bercuti dan merehatkan minda.

Mula pengembaraan aku bersama family dan dua orang rakan. Hari yang nanti telah kunjung tiba iaitu 26 Mac 2010 (Jumaat). Aku rasa udah lama aku tempah tiket untuk ke sana. Biasa untuk harga yang berpatutan macam aku bolehlah. Aku bertolak dari rumah jam 6.30 pagi ke Airport Sultan Abdul Halim Alor Star. Jam 8.30 tibalah flight aku ke Kuala Lumpur Air Asia. Anak-anak terlampau excited sangat nak ke sana sampai tak leh tidur.

Tiba di LCCT jam 9.30 pagi terlampau awal lagi. Flight aku ke Jakarta pada jam 4.40 petang. Sebab flight delay 2 jam. So akui pun lepak kat sana la. Abang and kakak aku berserta anak buah dan cucunya yang baru pulang dari riyard, Saudi datang melawat aku dgn family di LCCT. Breakfast dgn lunch dengan McDonals.

Jam 4.40 petang flight untuk ke Jakarta. Tiba la aku bersama family and dua orang kawan di bumi Indonesia di Bandara Sukarno Hatta, Jakarta. Aku bersama keluarga berbincangan dengan bapak supir untuk perjalanan terus ke bandung. Lastly dapat jugak bapak supir hanya untuk hantar kami ke bandung, sbb di bandung aku sudah tempah bapak supir pada ibu pipit.

Perjalanaan yang agak mengambil masa 2 jam telah melebihi 3 jam disebabkan jalan yang macet. Dalam perjalanan ke Bandung hari pun udah gelap, so tak nampak apa la. Yang ada cuma orang-orang di tepi jalan bermain gitar sambil menyanyi dan kanak2 meminta sedekah. Aku sampai di hotel coryota yang ditempah oleh ibu pipit. Letih sungguh perjalanan yang mengambil masa sehingga 12 jam. Penat vs tidur. Kita sambung esok ya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan