24 Julai 2010

KASUT



My Lovely Arina

Wow lawa kasut . Sembonia nampak. Orange lagi. Tu la orang zaman sekarang kasut pun nak lawa. Tapi aku wajib la. Kasut aku kat satu almari, hubby aku sudah marah kat aku sebab aku nih suka membeli kasut. pantang nampak kasut and ada sale terus angkat ye. Asal kasut angkat terus. harga pun tak kisah janji cantik bila dipakai. Hahahaha perasan la tuh. Kasut ni aku beli waktu aku balik dari Indonesia. Aku beli kat LCCT kedai Sembonia sementara tunggu flight balik ke Alor Star. Aku shopping dulu. Tu yang hubby aku tak tahan dengan aku pasal kasut. Kalau boleh semua kasut aku dia nak hadiah kat orang sebab terlampau banyak sangat kasut, itu tak masuk kasut pi pejabat lagi. yang member bagi hadiah lagi... and yang hubby aku beli hadiah kat aku lagi. Hahaha semua pasal kasut memang banyak. Setiap yang suka aku capai terus, janji kasut itu sedap pakai dan comfortable.

Kadang-kadang bukan hubby yang marah, anak-anak aku pun marah sebab aku suka membeli kasut. Aku rasa hobby la, kalau tak beli sebulan aku rasa aku kekurangan kasut la. Aku nih jenis lasak jugak pakai. So memadai la semua kasut aku beli tahan lama sebab aku jugak suka pada jenama. Kalau kasut tak dak jenama aku kurang sikit kecuali ia cantik dipandang dan sedap dipakai. Itu baru aku ambil. Aku rasa kalau ceta bab kasut nih semua orang setuju dengan aku. Sebab kita beli untuk keselasaan dari segi pemakaian atau pun untuk menghadiri apa-apa majlis rasmi dan tidak rasmi. Itu la sebab aku puna kasut siap aku ketegori dalam semua bahagian iaitu KASUT KEJE, KASUT JALAN WITH FAMIY, KASUT LASAK, KASUT SUKAN, KASUT DINNER, KASUT PI PASAR MALAM and bermacam macam lagi la aku kod kan dia. Janji kasut kita sedap dan mudah untuk pergerakkan. Itu yang aku suka.

I LOVE MY SHOEEEEEEEEEEEEEEEEEE.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan