30 September 2010

MY NEW LAPTOP

My Lovely Arina

Salam buat semua. Seronok lak aku hari ni dapat laptop baru Acer Aspire One. Dah lama aku idamkan laptop yg 12 inci nih. nih baru berkesempatan untuk dapat. Almaklum la. Ekonomi sekarang dah ok sikit baru la boleh dapat. Pandai lak aku nih. Janji aku dapat yg aku idamkan. Kadang2 boleh jadi gila gak dgn semua benda nih. Orang kata zaman dah canggih, manusia pun kena canggih jugak la.Tak sempat lagi aku nak ambil gambar.Biasalah anak-anak pun nak jugak. Aku dah bagi laptop lama kat depa itu pun nak guna jugak, katanya laptop mama best. Hahahahah..... nanti free aku upload la gambar.

26 September 2010

TAK SEMPAT / AIDIL FITRI / TANAH SUCI

My Lovely Arina

Salam buat semua. Lama udah tak update blog aku nih. Al maklum la sibuk dengan raya kononnhya. Tapi bukan sibuk pun rupa2 kurang sihat la satu family semua sakit. Sotak sempat la nak update apa-apa. So nanti bila free baru la boleh aku update apa yang belum di update lagi. Tapi apa-apa pun tak terlambat lagi untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri buat semua. Maaf Zahir dan Batin. Semoga dengan kehadiran aidilfitri ini membawa seribu makna buat semua.

Untuk pengetahuan semua ibudan bapa mertua aku akan ke Tanah Suci pada tahun ini. Hari udah sampai surat tarikh bagi penerbangan mereka iaitu 29 Oktober 2010. Harap semua selamat bila tiba di tanah suci dan dapat mengerjakan semua .

Salam sayang buat semua.

03 September 2010

KEK CHIFFON PANDAN

My Lovely Arina


Bahan A (Diayak sebanyak 3 kali)
• 150gm tepung kek 
• 1 camca teh baking powder 

Bahan B 
• 4 biji kuning telur saiz A 
• 70gm gula castor 
• 1/4 camca teh garam halus 

Bahan C 
• 85ml corn oil, 
115ml jus pandan, 

Bahan D 
• 4 biji putih telur saiz A 
• 70gm gula castor 
• 1/2 camca teh cream of tartar 

CARA CARA

• Blend 10 helai daun pandan bersama 150ml air masak.Dapatkan 115ml jus pandan.

• Gunakan handmixer utk memukul Bahan (B). Masukkan corn oil dan teruskan memukul. Putar sehingga kembang. Masukkan jus pandan. Teruskan memutar sehingga rata. 

• Boleh tambahkan sedikit pewarna hijau untuk menaikkan lagi warna hijau.

• Masukkan sedikit demi sedikit tepung. Dengan menggunakan spatula kacau setakat tepung hilang dari pandangan. Jangan terlebih kacau. 

• Bahan D - Dengan kelajuan tinggi putar putih telur hingga kembang. Masukkan cream of tartar dan terus putar. Masukkan gula castor dan terus memutar hingga putih telur kental tetapi jangan terlebih putar. Cukup sekadar putih telur tidak tumpah walaupun mangkuk mixer diterbalikkan.

• Masukkan separuh dari putih telur kental tadi ke dalam bancuhan kuning telur yg dah jadik hijau tadi.Kaupbalikkan hingga rata. Jangan diputar. 

• Tuangkan bancuhan di atas ke dalam mangkuk yg berisi separuh lagi putih telur yg telah dipukul kental tadi. Kaupbalikkan adunan sehingga rata dan sebati. 

• Tuangkan ke dalam acuan chiffon dan dibakar di dalam oven yg telah dipanaskan terlebih dahulu to moderate 175 darjah cel. lebihkurang 20min awal. Bakar selama 40min - 45min. 

• Dasar dan dinding acuan yg tidak bergris membantu "memegang" kek yang di dalam proses mengembang-naik.
 
• Sebelum keluarkan dr oven, cucuk dahulu kek agar benar2 masak. Terbalikkan kek sejurus keluar dari oven. Sejukkan di atas redai sehingga benar2 sejuk baru sisipkan dr loyang. 

Rahimah Rahim - Selamat Berhari Raya (FULL SONG)



My Lovely Arina