My Lovely Arina
Hari Kedua Payang Pasar/Masjid Terapung/Muziun Negeri/Masjid Kristal
Kita sambung pada hari kedua vacation kita ya. Pada hari kedua aku bersama jiran telah membeli belah shopping time la di Pasar Payang Kuala Terengganu. Aduh giler shopping lak. Tapi aku just window shopping ye. Window shoppping pun duit melayang jugak..hahaha..
Dari pasar payang kami solat di masjid terapung Sultanah Zahirah. Melihat keindahan masjid tersebut dan seterusnya kami beredar ke Muzium Negeri, tapi malang sungguh nasib...muzium telah pun tutup tepat jam 4.30. Walapubagaimana pun kami just naik keretapi pusing mengeliling muzium tersebut. Nak lepaskan kepunan..hahahaha..
Perjalanan diteruskan lagi ke Masjid kristal . Cantik sungguh masjid tersebut dan melihat keindahan serta panorama di sekeliling masjid tersebut dan kami berhenti untuk berehat seketika untuk menghirup udara nyaman dan damai di sana.
Selepas itu kami baik ke hotel untuk beristirehat dan melelapkan mata. Kita akan sambung ceta pada hari ketiga hari akhir di pantai tumur.....
Sayangnya bateri kamera aku habis bila sampai di muzium dan masjid kristal. Tgu aku akan upload dlm handphone my hubby. Ini adalah sebahagian saja pic yang sempat aku tangkap.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan