31 Disember 2013

Berakhirnya 2013

Asalam buat semua..belum terlambat lg untuk aku mengucapkan Selamat Tinggal 2013 dan Selamat Tahun Baru 2014.

Dah lama rasanya tidak bercoleteh di blog kesayangan ku ini. Tempat mencurah segala cerita kehidupan dan perjalanan.

Ya allah ya tuhanku engkau permudahkan segala urusanku ..suamiku..anak2ku dan keluargaku. Engkau murahkan lah rezeki kepada ku dan keluargaku...engkau berilah kesihatan yang sihat dan sempurna kepada ku, suamiku, anak2ku dan keluargaku serta umat islam didunia ini. Engkau berikan kepada ku hidayah dan jgan lah engkau leka kan aku dgan kebendaan didunia nih. Engkau ampunkan dosa2ku dosa ibubapaku dosa suami ku dan dosa anak2ku. Semoga aku menjadi insan yang berakhlak dan bertakwa kepadamu ya allah bersama suami ku dan anak2 ku. Engkau berikan kepada perkerjaan yg halal dan rezeki yg halal untuk aku membantu suamiku. Engkau berikanlah kepada ku sebuah keluarga yg harmoni dan mendpat rahmatmu. Semoga ikatan keluarga yg terjalin hingga ke akhir hayat. Engkau berikanlah kedua2 arwah ibu bapaku Hj Abdul Wadud dan Hjh Habibah di tempatkan dikalangan orang2 yg beriman.........

Semoga tahun 2014 diberikan kekuatan serta peluang kepada ku untuk  menunaikan umrah bersama suami tersayang.  Ya allah murahkan rezeki aku dan suamiku untuk pergi beribadat di rumah mu ya allah.  Supaya dgan masih muda dan kesihatan yg sempurna dapat aku menjalankan tanggungjawabku bersama suami untuk beribadat kepadamu. Aku memohon supaya allah memberi rezeki untuk aku dan suami ke rumahmu ..makkah dan dapat melihat kaabahmu ya allah.

Semoga 2014 ini dpt aku memperbaiki segala kesilapan dan kelemahan diri sendiri. Tahun 2014 jgak diharap dpt merantau ke negara luar dgan lebih luas dan byk untuk melihat kebudayaan setiap negara yg aku kunjungi. Ya engkau permudahkan kepadaku.

Semoga 2014 suamiku dapat menambah rezeki perniagaannya.

Semoga allah memberi kehidupan yang sempurna kepada ku dan keluargaku.

Dengan itu...selamat menyambut tahun baru. Mulakan dengan azam dan ketakwaan pada diri untuk berdiet.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan