29 Jun 2014

KURSUS DI KUCHING SARAWAK

Assamuailaikum buat semua bloggers tersayang.....

Dah buat rutin harian semua....

DAH SENYUM PAGI NI
DAH RCA PAGI NI
DAH BACA SURAH YASIN
DAH ISTIGHFAR 100x PAGI NI
DAH ZIKIR YA WAHHAB 300 x
DAH AKHIR SEKALI DAH NIAT PAGI NI NAK BANTU ORANG LAIN JADI LEBIH HEBAT LEBIH SIHAT....

Jika dah buat alhamdulillah......semoga allah memberi dan terus memberi.....

Mai la kita ceta sikit pasal perjalanan saya menghadiri Kursus di Sarawak.

Pengalaman kursus dan perjalanan seorang diri tanpa teman...

Hari Pertama

Pada tanggal 27 Mei 2014 yang lepas, aku sekali lagi di beri peluang oleh Kementerian pergi berkursus di Kuching, Sarawak. Pada tahun lepas aku ke Kota Kinabalu, Sabah. Tahun ni lak ke Kuching...ya Allah sempat jugalah melihat bandaraya Kuching yang belum pernah aku kunjungi. Ini adalah kunjungan pertama aku di Kuching. 

Rasanya gembira tidak terkata...dah lama berhajat nak ke Kuching tetapi belum sempat. Tapi kali Allah bagi kat aku peluang untuk melihat sendiri bandaraya Kuching. Rasa syukur sangat. Alhamdulillah kepadanya.

Wah..wah..best la cik linda pergi ye...... Dah dah jangan duk merapu tak tentu pasal lak....nanti kementerian tak hantar baru padan muka....hahahahaha....harap tahun depan dapat lagi hadir......jom jom kita sambung ceta...

Hari Pertama 27 Mei 2014

Aku bertolak dari rumah ke Sultan Abdul Halim Airport, Kepala Batas pada jam 8 malam. Flight aku kul 9.45 malam. Aku selesaikan bagasi aku sebelum ke Gate. 

Alhamdulillah tepat 9.45 flight telah berlepas dari Sultan Abdul Halim Airport ke KLIA 2. Sebaik tiba di KLIA 2 tepat jam 11 malam. Aku selesai urusan bagasi dan menuju ke Arrival Hall di KLIA 2. Sambil tu aku sempat jgak meronda sepintas lalu di situ sebelum perutku keroncong.  

Tanpa membuang masa, aku mendapatkan KFC dulu. Sempat lak update apa yang patut di dalam smartphoneku...nasib baik la ada jgk smartphone pemberian hubby ku sempena birthday ku last year. 

Setelah selesai supper dan pengambilan vitamin yang diperlukan bagi diri aku untuk perjalanan yang memenatkan  aku pun beralih arah ke tingkat 3 Depenture Hall untuk mencari tempat lepak dan tidur sebentar sementara menunggu flight check in jam 4 pagi. Sempat tidur dengan beg2ku...hahaha. ..sapa nak join mai la...tidur kat airport....bagi aku dah biasa because  aku suka travel. 

Hari Kedua

Tepat jam 3.30 pagi aku sudah terjaga dari tidur. Wah dah ramai orang...just rileks dulu srblm check in. Jam dah masuk kul 4 pagi..Aku pun bergerak ke bahagian check in apa yang patut. Sebenarnya aku telah check in sebelum aku datang..check awal lebih selamat dari check in terlewat. Aku hanya tgu check in bagasi ku saja. 

Jam menunjukkan kul 4.30 kaunter telah mula beroperasi.  Syukur alhamdulillah aku dapat check in bagasi sebelum orang ramai. Setelah urusan  bagasi selesai aku menunggu ke bahagian gate untuk masuk. So masih awal lagi sempat gi toilet dulu sebelum subuh. Solat dulu.

Apabila selesai solat aku gi lepak2 kat gate sambil window shopping pagi2 buta...hahahaha...mungkin orang tk pernah buat..tapi aku buat dah...best la shopping orang pun tak dak..hi hi hi. ..

Apabila selesai semua aku setia menunggu di gate untuk pelepasan pada jam 7.10 pagi. Alhamdulillah penerbangan dengan cuaca yang sangat baik. Jom layan breakfast dulu..Nasi Lemak Pak Nassier. Makan dulu...lambat lagi nak sampai sebelum tu jangan lupa ambil B Complex untuk kecergasan berpanjangan...and then ..boleh tidur sebentar. Hihihi...



Ronda2 lihat kawasan dan window shopping


Mencari gate pelepasan ke Kuching
nasib jumpa gate 10
paling dekat dan tidak perlu jalan jauh


Alhamdulillah syukur dah sapai ke bumi kenyalang...mengirup udara di sarawak tepat jam 8.45 pagi. Jom ambil beg dulu boleh pusing2 airport dulu sebelum check in kat hotel di bandaraya Kuching. 


Selamat tiba di bumi Sarawak.....wah..wah..
First time datang ke ini dengan hati yang ceria.

Pas lawatan bagi mengesahkan anda tiba di bumi sarawak dengan selamat telah diperolehi daripada arrival hall and immigration department. 

Selesai urusan beg dan immigration di Airport aku menuju ke Counter Taxi untuk ke Hotel Merdeka Palace and Suite di tengah2 Bandaraya Kuching. 

Selamat tiba di hadapan hotel. Orang kedua dari semenanjung tiba...masih du awak pagi lagi..Kaunter pendaftaran kursus belum dibuka lagi. Pukul 2 petang baru pendaftaran akan dibuka. So apa lg....boleh gi jalan nih...beg2 semua dah selamat berada di hotel...Tak kan nak duduk kat hotel ye kot, baru kul 10 pagi..masih awal kedai2 pun baru dibuka apa lagi cik linda jom kita ronda dulu.


Bilik yang aku dapat..apartment you...
wah ada dapur lak...tak kan nak masak kot..datang pun 3 hari ye...hihihi...kalau bawa family best nih....


Ruang Tamu


Ni la bilik aku...

 Water Front Kuching

Petang herbovac.....jalan2 sekitar
Water Front  Kuching. 


Dewan Undang Negeri Sarawak


Bersama kak Rati jalan2 petang ambil angin




Sampan ke seberang. Membeli belah Kek Lapis Sarawak dan Ikan Terubuk


Jom makan mee golok...wah sedap giler first makan...tersangat lah sedap. Thank you Dayang bought for me Mee Golok. 

Selesai di petang hari berjalan2. Sampai masa untuk masuk ke kelas lak. Jom kita belajar dulu....

Sesi perkenalan dan ramah mesra bersama peserta dari Sarawak dam Semenanjung bermula bersama Mentor Saranjit Singh.

Selesai jam 10 malam. Semua boleh masuk tidak..jom..jom tidur dah kepenatan berjalan disiang hari.

Tak sempat nak tidur..ada pulak member dari Sarawak..maira..ajak jalan2 di Bandar Kuching dan bwrjumpa dengan kucing..hahaha

Apa lagi aku sarungkan jubah ye la...nak pi tengok kucing so jom layan gambar kucing2 Sarawak...hihihi








Hari Ketiga

Selamat menuntut ilmu bagi program Neuro Linguistics Programming For Leadarship. Bermula hari ini dengan program yang di tunggu oleh semua peserta. 

Kami diterangkan apa itu NLP....

Dengan panjang lebar mentor atau penceramah memberi aku dan rakan2 penerangan yang sangat terperinci. Memang best giler.




Bersama rakan2 menuntut ilmu sambil bergambar. Jangan lupa posing2 semua..hihihi


Mentor En Saranjit Singh tengah tekun memberi talk pada aku dan rakan2.


Jangan lupa peace  for good luck..Ada exam lak Mr Saranjit Singh bagi...



Bersama rakan2 kumpulan yang hebat2 memberi talk NLP


Maira memulakan talk yang panjang lebar. Aku menunggu giliran untuk talk tersebut. Alhamdulillah selesai sudah talk by personal and group pada hari ini. 
Hope successfully. 


Acara petang macam biasa di teruskan dengan jalan2 untuk membeli souvenir dan buah tangan untuk balik esok...sebelum tu yahooooo....kelas malam tak ada...memberi kesempatan jalan2 nih...


Menaiki sampan untuk ke seberang sungai membeli Kek Lapis Mira dan Ikan Terubuk Masin


Bersama Dayang 


Geng jalan2


Second time naik sampan...
Sebelum ni di vietnam


Maira jurupandu profesional kami di Kuching..Thank you for your help and support. 


Nampak tk kedai Kek Lapis Mira...
Wah ramao betul orang. Jem semasa nak bayar sebab lusa mereka akan sambuat Hari Gawai. Tu yang meriah.....


Kedai menjual Ikan Terubuk Masin bersebelah kedai kek Mira.


Selesai sudah bershopping Kek Lapis dan Ikan Terubok Masin


Naik sampan untuk pulang ke hotel...


Penyampaian Sijil buat semua peserta.
Semoga lepas nih dapat berjumpa lagi di kursus akan datang. Jemput2 lah masuk nama lagi boleh gi kursus lagi...hihihi...
nak bagi dapat banyak ilmu untuk dicurahkan dan di sharekan kepada orang lain.
Seronok datang ilmu yang disampaikan sangat bagus dan berkesan untuk diri sendiri dan jabatan.  



Geng Semenanjung


Bersama Encik George Blaise (Ketua Bahagian Cawangan Latihan Ibupejabat Mindef)  dan Encik Saranjit Singh (Penceramah)


Terima kasih Mindef Sarawak dan Staf Sarawak yang sudi membawa kita orang gi jalan2 semasa berada di sana. Insyallah jika diberi kesempatan lagi aku akan datang lagi ke sana. Harap geng sarawak dapat membantu ya..

Dan lupa jugak buat Encik Pemandu Mindef Sarawak yang hantar ke Airport pada hari terakhir kursus. 


Kek Sarawak yang sempat di bawa pulang.
Sedap rugi sapa yang tak beli.....


Insyallah ada masa dan kelapangan dapat datang lagi ke Sarawak.

Bertolak dari hotel jam 2 petang dan flight dari Kuching ke Kuala Lumpur jam 4 petang ..tapi delay lak...kul 5 baru berlepas..Aduh kalut aku sebab flight ke Alor Setar jam 8 malam.

Aku selamat tiba di KLIA2 jam 6.30 petang. Kekalutan melanda.....dah lah jauh gi ambil beg kul 7 baru dapat...nasib baik dh check in cuma nak check  bagasi saja. Alamatnya terpaksa potong orang depan la..sebab flight dah buat first call utk penerbangan ke Alor Setar...

Nasib baik lah counter sraf mau tolong. Aku lak berlari jgk la nak ke Gate. Jauh ya rabbi.. sampai jem kaki aku ...nasib baik beg semua masuk dlm bagasi..kalau tidak tak tau la....

Selamat sapai ke gate dan selamat masuk ke penerbangan ke Alor Setar......

Alhamdulillah selamat sampai ke alir setar airport pada jam 9.30 malam. Tapi kali nih ribut telah melanda semasa berada  dalam flight. Haaa..hura hara sebab ada yang mengandung terpaksa pramugari memberi bantuan kecemasan.  Agak lama jgk. Nasib baik allah pelihara semua..semua selamat alhamdulillah. . . Pengalaman yang menakutkan.

Insyallah bertemu kita next story...tgu ya semua...

Assalamualaikum. . . . .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan