Sebelum aku mulakan cerita Al Fatihah buat abang iparku Mohd Fuad Bin Zainon yang baru kembali ke rahmatullah pada 10 Jan 2015. Semoga rohnya dicucuri rahmatnya. Arwah jugak turut serta dalam umrah ini. Semoga isteri dan anak2 beliau tabah dengan pemergiannya. Semoga allah telah mengampun dan memberi tempat yang paling mulia buatnya.
Al fatihah.......
Sambung Umrah dari Part 1
Kami selamat tiba di King Abdul Aziz Jeddah Airport, Saudi. Alhamdulilah syukur sgt kerana diberi peluang dan dijemput menjadi tetamunya. Rasa sebak yang tidak terkata, hanya allah sahaja yang tahu perasan setiap ahli rombongan umrah pada kali ini.
Sebaik tiba di Jeddah, kami dikehendaki beratur mengikut muslimah dan muslimat. Satu kejadian dan dugaan pertama telah berlaku. Passport salah seorang Jemaah kami telah diambil oleh askar yang bertugas di Airport tersebut. Kami terpaksa memohon dan menerangkan keadaan sebenar sebelum anggota askar tersebut memulangkan balik passport tersebut. Beliau berkata Jemaah tersebut tidak mengikut arahan. Sebenarnya Jemaah tersebut baru sahaja spai dan masuk ke airport kerana beliau terpaksa membawa ibunya yang duduk di atas kerusi roda. So lambat la sikit pergerakkan dia yang membuat askar tersebut benggang dan satu patah English pun askar tersebut tidak faham. Dugaan pertama buat kami semua. Sabar dan memohon kepada allah supaya allah memudahkan lagi urusan kami semua.

Semua jemaah umrah beratur dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Immigration Atab Saudi. Alhamdulillah jemaah wanita selesai masuk untuk mengambil segala bagasi setelah dicopkan passport oleh pegawai Immigration. Masalahnya jemaah lelaki belum muncul2 setelah hampir 2 jam. Aku pun berurusan dengan abang aku yang sedang menunggu kami di luar. Rupa-rupanya jemaah lelaki diberi keutamaan kepada warga emas so kena tgu laaa. Terpaksa tgu hingga mereka selesai.
Sementara menunggu mereka kami sempat bersolat jamak maghrib dam isyak dulu. Lama jugak kami.menunggu mereka, apabila mereka keluar dari pintu Immigration terus mereka ke ruang solat. Sementara itu abang yang menguruskan jemaah ini memaklumkan bahawa bus sedia menunggu di ruang hadapan.
Apabila setelah selesai semua kami ke bus untuk membuat perjalanan ke Madinah. Sebelum tu sempat la bertukar duit yang telah disediakan oleh kakak aku dan membeli sim kad arab untuk kegunaan semasa berada di Madinah dan Makkah untuk berhubung dengan anak2 di malaysia dan jemaah yang ada di sini.
Dengan bacaan doa perjalanan kami memulakan perjalanan dari Airport Jeddah ke Kota Madinah yang mengambil masa lebih 5 hingga 6 jam perjalanan.
Kami singgah di suatu tempat untuk membeli makanan dan minuman. Sambil2 menghirup udara sejuk di luar bus.
Aku suami dan anak tak makan pun sebab kakak aku dah membuat sedikit bekalan ringan buat kami dan jemaah lain. Hanya membeli air untuk minum sahaja.
Kami meneruskan perjalanan ke Kota Madinah di waktu malam yang dingin lagi sejuk. Sekarang kat madinah 15°Celsius. Sejuk tu. Hidung mula berdarah dan mulut kami mulai pecah disebabkan cuaca yang agak sejuk.
Masing2 mengambil kesempatan tidur seketika sementara untuk sampai di Madinah.
Tepat jam 3.30 pagi kami sampai di Hotel Al Eiman Taibah Madinah. Aku bersama ahli jemaah lain menurunkan beg dan berdaftar untuk masuk ke hotel. Sementara kakak aku tolong checkin kan bilik2 untuk semua jemaah. Aku sempat melihat keadaan sekeliling dan suasana sebelum masuk waktu subuh orang berpusu pusu ke Masjid Nabawi bagi mengerjakan solat subuh.
Apabila selesai sahaja check in bersama jemaah lain aku dan jemaah lain bersiap sedia untuk ke Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat subuh dan solat sunat kesyukuran kerana allah memberi keizinan untuk datang menziarahi makam rasullah.
Hati begitu sayu tatkala mengenangkan nasib dan rasa bertuah kerana allah menjemput menjadi tetamu yangvpaling istimewa yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Hanya allah yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku dengan izinnya aku menjejak kaki di Masjid Nabawi.
Aku bersama Nur Arina Iffah di bawa ke hadapan dan duduk di bawah kubah yang boleh melihat langit. Ya allah aku dan arina bersyukur sangat kerana allah mahu aku berada di situ dan tempat di hadapan sekali untuk aku bersolat subuh dan solat sunat. Tak tergambar perasan ketika itu hanya air mata sahaja yang mengalir tanda kesyukuran.
Walaupun anak aku arina yang beliau tidak mengerti apa2 tentang umrah mahupun ziarah tetapi dia lah yang paling bersemangat untuk solat bersama2 dan sentiasa tersenyum kerana gembira kata dapat masuk dalam masjid nabawi. Ustazah dan cikgunya pesan suruh doa banyak2. Alhamdulillah dia dapat membuat dan membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW.
Sempat bergambar setelah selesai solat subuh dan solat zohor. Masing2 dengan penuh kesyukuran dapat hadir ke Masjid Nabawi. Terasa tenang sekali bila berada di sini.
Setiap waktu kami tidak lepas peluang untuk mengambil gambar kenangan di hadapan Masjid Nabawi.
Pintu Masjid Nabawi yang begitu cantik sekali diabadikan.
Memasuki Raudhah pada pukul 11 malam ketika tidak ramai orang.
Dapat berada di hadapan sekali dan berdoa serta bersembahyang di barisan hadapan.
Dapat menziarahi makam rasullah.
Selawat serta salam daripada diri sendiri dan rakan2 yang menyampaikan salam pada rasullah
Al fatihah
Kenangan bersama arwah.
Akan disambung dalam part 3. Tguuu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan