24 Oktober 2013

Perjalanan ke Bandar Ho Chi Min City, Vietnam


Salam buat semua. Aktiviti yang makin malas nak update blog. Dah berbulan lamanya blog ni tak update. Cerita semakin banyak nak share. Memangkan kerja pun berlonggok tak dapat la nak update dgan cepat. Harap semua faham ye. hihihi.

Perjalanan ke vietnam pada 22 Jun 2013 sehingga 25 Jun 2013 bersama 8 geng che kiah. Alhamdulillah semuanya selamat. Tapi ada jugak dugaan yang dan memcabar kawan2 ku. Biasalah di tempat orangkan. Tapi berkat usaha dan cerita daripada bloggers  spai jgk aku kat sana dgan pengalaman diorang. Negara Vietnam menggunakan mata wang Dong. Lebih baik anda bawa bersama USD dan RM kerana peniaga di sana menerima matawang tersebut. Anda dinasihat menukar matawang Dong kerana Dong lebih murah dari membeli barang dengan menggunakan USD atau RM. Teksi dan kedai makanan menggunakan hanyalah mengunakan Dong.

           Tuan Tanah Punya Blog


                                      

          Geng Che Kiah 

Apa ni membebel tak habis2 ni. So thank you so much to all bloggers yang byk membantu dan memberi pandangan pendapat yang banyak berguna. So jom aku ceta sikit pasal pasal vietnam. 

From goggle wikipedia.

The Vietnamese people or the Kinh people(Vietnamese: người Việt or người Kinh)[needs IPA]are an Austroasiatic ethnic group originating from present-day northern Vietnam and southernChina. They are the majority ethnic group of Vietnam, comprising 86% of the population as of the 1999 census, and are officially known as Kinhto distinguish them from other ethnic groups in Vietnam. The earliest recorded name for the ancient Vietnamese people appears as "Lạc".Although geographically and linguistically labeled as Southeast Asians, long periods of Chinese domination and influence have placed the Vietnamese culturally closer to East Asians, or more specifically their immediate northern neighbours, the Southern Chinese and other tribes within the South China. The word Việt is shortened from Bách Việt, a name used in ancient times. Nammeans "south".If regarded as a single ethnic group, the Vietnamese constitute one of the world's largest with 77 million people.

Hari Pertama 22 Jun 2013

Bermula perjalanan aku dari Jitra ke Airport Sultan Abdul Halim, Kepala Batas. Flight seawal 8.20 dari Alor Setar ke Kuala Lumpur.  Biasalah pagi2. Suami tersayang yg menghantar ke Airport jam 6.45 pagi dgan menaiki kapal terbang tambang murah iaitu Air Asia. Hanya itu yang ku mampu. Tiket yang di dibeli dah berbulan lamanya , rasanya hampir satu tahun. Sama jugak lah dengan hotel yang aku booking di Agoda. com rasanya lama benarnya. Nasib baiklah dengan kemahiran yang ada aku gunakanlah...

Berlepas dari Alor Setar ke LCCT tepat jam 8.30 pagi dan spai di sana lebih kurang jam 9.30 pagi. So breakfast pagi di Mcd LCCT. Masih awal lg dan masa pun byk lg. So ronda dulu sebelum check in beg utk flight ke Ho Chi Min City, Vietnam.  Hahaha. Tepat jam 10.30 pg aku check in beg bersama geng2 che kiah.  Selesai  urusan check in beg, aku  terus masuk ke pemeriksaan kastam dan imigration. selepas tu terus ke Depenture Hall untuk menunggu sebelum masuk ke pesawat. Hooray akan terbang ke HCM.....flight delay 30 minute. So tepat jam 12.30 pesawat bergolak la tayarnya dan terbang ke angkasaraya menuju ke HCM.

Tepat jam 2.30 petang waktu tempatan sampai la aku dan geng2 che kiah ke Bandar Ho Chi Min City, Vietnam. Wah bestnya dah sampai....Hoooray...Bermula lah perjalanan dan mengharungi negara orang dengan cabaran dan debaran. Setiap kali memasuki mana-mana negara debaran pasti akan ada. Apabila selesai urusan imigresen dan kastam aku pun mencari teksi Vinasun di kaunter teksi...malangnya tak jumpa. Rupanya teksi Vinasun berada di luar tempat mengambil penumpang. Apa boleh buat lalu aku pun mengambil teksi Mai Linh sebanyak 2 dua di dalam Airport kaunter . Syukur alhamdulillah semua selamat sampai ke tempat yang dituju dan selamat sampai ke Saigon Pink 2 Hotel  berhadapan  Ben Thanh Market dan jugak hadapan Pasar Malam Ben Thanh.














Saigon Pink 2 Hotel





Alhamdullilah leganya semua selamat. Masa untuk berehat bersama kitkat. Mandi, sembahyang dan gi cari makan apa yang patut. Masa aku sampai hujan pulak di kawasan Ben Thanh tu.. so minta-minta malam nanti tidak lah hujan nanti terbantut pula aktivit yang dirancang. Selesai solat  maghrib aku and the geng che kiah keluar ronda-ronda di kawasan sekeliling berhadapan dengan hotel.  Menjelajah setiap kedai-kedai yang ada disepanjang jalan tesebut. Masuk ke kedai-kedai sambil melihat suasana bandaraya Ho Chi Min yang kini maju dari semasa ke semasa. Tidak lupa dengan haruman kopi yang menyegarkan. Kalau tak minum setiap hari mesti tak sah datang ke vietnam nih. Sekurang-kurang 3 kali sehari aku minum kopi vietnam. sedap giler. Aku pun masuk ke kedai pakaian yang bermacam jenis baju kurung untuk ibu-ibu dan anak-anak bersama kakak iparku yang turut serta dalam rombongan che kiah ni. Rasanya malam nih mungkin hanya melihat sahaja harga supaya esok senang nak gi beli dan nak tawar menawar. Tapi naluri hati berkata beli jangan tak beli. Hahahaha....yang membuat aku membeli baju kurung yang comel-comel kepada Arina. Tak tahan mata melihat kerana sangat cute gilerrr. Ingat cik Linda hari ni baru hari pertama dah bershopping 
nampak. Semua pegang semua berkenaan hai... sabar cik oohh cik linda. Hari pertama saja  aku dah membeli 3 pasang baju kurung buat Arina yang cute sgt tu. Lepas selesai bershopping di kedai-kedai bersebelahan dengan hotel geng che kiah. Kedai yang aku suka dan layan yang baik kepada semua pelanggan ialah Kedai Asiah. Tak sombong dan layanan yang memuaskan kan tapi kena sabar sebab pelanggannya ramai. Aku pun mengajak geng che kiah merasakan makanan vietnam di Restoran Hajah Basiroh iaitu PHO macam bihun sup, masam macam laksa sedap giler bersama kopi Ais....aduh sedap gilerrrrrr.

Kedai Makan Hajah Basiroh

Setelah selesai makan  geng che kiah merayau-rayau di Pasar Malam Ben Thanh melihat-lihat suasana malam di pasar tersebut. Riuh rendah orang vietnam berniaga. Harga yang diletakan sangatlah tinggi, pandai-pandai kita lah untuk menawarkan harga yang paling best dan mampu dibeli. Peniaga-peniaga di vietnam begitu agresif sikit ya. So berhati-hati dan jaga beg kita sentiasa kerana banyak mencuri di sana. Tak payah la nak tunjuk wang berjuta-juta Dong itu silap hari bulan dompet anda akan hilang tanpa disedari. Mereka suka memerhatikan kita. Satu lagi berhati-hati semasa makan di Kedai Hajah Basiroh ada yang datang offer untuk ke Sungai Mekong. Mereka itu semua penipu ye. Mereka akan ikut kita sampai ke hotel. Kawan aku kena kat hotel di ketuk pintu bilik oleh mamat nih yang suruh ambil dia sebagai agent tourist untuk ke Tour Mekong. Nasib baik sewaktu kami sampai ke Hotel ada seorang pakcik dari Malaysia dah memaklumkan kepada kami tentang mamat nih yang suka menipu. So kami bagi warning la kat mamat tu dan bagi tau dekat Hotel Boy yang baik giler tu dan banyak tolong kami. Jika hendak ke Tour Mekong ambillah dengan Hajah Basiroh atau melalui Hotel. Kami ambil pakej Hajah Basiroh berserta makanan halal untuk ke Tour Mekong. Jika ambil yang hotel takut makanannya tidak halal. Melalui Hajah Basiroh harganya cuma RM90.00 seorang sekali dengan makanan halal. So berhati-hati ya. Eh..eh dah melalut pulak minah nih. Tadi ceta bab lain nih dah ceta bab lain pulak....ok ok kita sambung balik ke Pasar Malam Ben Thanh ni. Di sini bermacam-macam jenis barangan di jual ada yang jual kain telekung, baju pasang, baju kurung, kopi , beg dan sebagainya la. Hanya siapkan mata dan duit ye untuk membeli...hahahaha. berhati-hati dijalan raya banyak pencopek di sini. hahaha....ingat tu pesanan geng che kiah nih.

Udah..udah le tu...wahai geng che kiah tak habis-habis nyoppingnya. Rasanya sampai jam 12 tengah malam masih menghabiskan masa untuk melihat barangan yang dijual. Matapun dah tak tahan nih. Balik-balik hotel untuk merehatkan diri untuk kembali cergas keesokkan hainya. Masih panjang lagi perjalanan ini. Masa untuk tidur.

Hari Kedua 23 Jun 2013

Bermula di awal pagi dan subuh yang dingin kedengaran sayup-sayup Azan di pagi hari walaupun majoriti bukan penganut agama islam.Selepas solat subuh. Berehat sebentar ambil udara vietnam di hadapan Hotel. Pada keseluruhannya kedai-kedai belum buka dan kedai makanan pun masih ditutup lagi. awal lagi bah. So menunggu kedai-kedai disekeliling buka. Aku menggunakan internet hotel untuk mendapatkan info2 terkini di Malaysia. Hotel memberi  WIFI secara percuma kepada pelanggan mereka. Jika anda tidak ada telefon yang canggih..sila gunakan komputer yang telah disediakan kepada pelanggan. Ambil peluangnya ya. Pagi tersebut aku breakfast bersama di kedai hadapan hotel saja merasai nama lemak dan kopi panas vietnam... mahal jgk jugak breakfast pagi dlam RM 19 seorang. So lepas selesai breakfast , kami mengambil keputusan untuk mencari post office dengan berjalan kaki. Tapi malangnya banyak yang memberi info serta jalan yang salah, lalu kami berada di kawasan rumah2 kedutaan. Hihihi Map yg di bawa sebenarnya betul tapi gatal mulut duk pi tanya. Tu yg salah jalan.. padan muka kami semua....

Tak pa la sesat pun janji tak lari dari kawasan tersebut. So aku bersama geng che kiah mengambil keputusan untuk meredah Pasar Ben Thanh yang baru buka. So jom geng che kiah kita redah dan menyopping la....Sapai kat Pasar Ben Ben Thanh geng che kiah berpecah dari 9 orang kepada 2 org dan 3 orang. Ok mai kita start from here..hihihi semangat gilerr nih.So apa lg jom serbu....

Pagi masih awal belum ramai lg org memasuki pasar nih. Jadi sapa yang awal dapat diskaun pembukaan. So kena pandai bargain la. Aku bersama kakak iparku meninjau setiap pelosok dalam pasar tersebut. Sapai penat dan tak sedar dah jam 12 tgh. Rasanya macam baru ye. Wah masih awal lg....sambung la bershopping apa yang patut. Apa bila kaki pun dah penat geng che kiah balik ke hotel untuk mandi dan solat.  Sebelah petang kami sambung lagi aktiviti di sekeliling hotel untuk membeli baju kurung siap dengan harga yang murah tapi berkualiti. Kami masuk ke kedai baju Asiah Fesyen ...memang banyak baju kurung yang siap dengan manik lagi . Apa lagi beli jgn tak beli. Hahaha aku sempat merempat 3 helai baju. Wah boleh pkai raya nih...sbab kat pasar tadi cuma beli kain pasang cotton saja. Aku rasa aku la yg paling banyak angkut kain pasang spai dekat 20 helai. Siap upah buat baju kameja kat sana lagi. Hanya USD 9. Hai borong sakan npk. Apabila selesai jelajah setiap kedai ..kami dinasihatkan oleh tauke Kedai Asiah tu supaya tidak keluar pada waktu maghrib kerana pada masa tersebut pasar malam akan bermula di hadapan hotel tu dan banyak pencuri yang akan mengambil kesempatan. So geng che kiah mengambil keputusan untuk balik ke hotel untuk mandi dan solat.

Aktiviti meronda di pasar malam Ben Thanh termula. Untuk makluman semua pasar malam ni lebih murah berbanding pasar Ben Thanh. So sapa yang bawa duit terlebih2 boleh shopping. Tapi Ingat balik tadi korong kena la pandai bermain kata dengan makcik dan pakcik kastam. Hihihi

Borong punya borong sambil memesan tudung ala fareeda tu tak sedar rupanya dah jam 12 malam. Patut la mata pun rasa macam mengantuk ye. Sambil mahu pulang ke hotel kami singgah di Kedai Makan Hajah Basiroh untuk booking Tour Mekong untuk esok pagi. Kami membuat pembayaran deposit terlebih dahulu dan bakinya setelah selesai tour mekong kita jelaskan. Ok mata pun dah ngantuk so jumpa esok pulak...hahahaha selamat malam.  

Hari Ketiga 24 Jun 2013

Bermula dengan sarapan ringan yang dibawa. Bermacam2 makanan ringan untuk perjalanan ke vietnam ni kami bawa. Geng che kiah sarapan dengan roti gardenia. Sambil menunggu bas yang akan membawa geng Che kiah bersama tourist lain yang akan menerokai Sungai Mekong. Perjalanan ke Sungai Mekong mengambil masa selama 2 jam ke jeti Sungai Mekong. Sambil melihat pemandangan perkampungan dan pekan2 kecil di sepanjang jalan tersebut. Ada jgak geng che kiah yang buat tahi mata. Biasa penat ronda Semalam bel habis lagi penat...hihihi..biasa la bagi aku jalan kaki jalan rileks ye. Tapi yang tak biasa....sakit badan semua terasa. Hahahaha yang tk biasa tu kena buat2 biasa la kalau nak ikut lagi geng che kiah jalan2. Popet popet minah nih. 

Nampaknya Jeti Sungai Mekong telah kami sampai. Ohh lupa lak geng che kiah di temani tourist mat saleh dan tour guide yang banyak berceloteh berkenaan dengan tempat tersebut. Dengar ye geng che kiah...jgn duk lena saja. Tour guide tersebut pening dengan geng che kiah yang banyak soal.

Apabila sapai ye kami menaiki bot di jeti tersebut. Tak payah bayar tiket ye sbb termasuk dalam pakej Tour Mekong termasuk makanan halal yang telah dibekalkan kepada kami. Kami menaiki bot yang akan membawa kami ke Coconut Island (Pulau Kelapa) dimana coklat dari buah kelapa dibuat secara tradisional. Geng Che Kiah diajar cara menyediakan coklat tersebut. Kami tak beli pun cuma tgk ye ..rasa pun tidak kerana ada..tut..tut..tut..hihihi. Selepas selesai cara menyediaan sehingga menjadi coklat kami di bawa ke Restoran bersebelahannya. Cantik jgak tempat untuk photoshot. Tempat buat coklat tadi ada jual kraftangan dan lukisan hasil keja masyarakat di sana. Harga pun agak murah berbanding di Bandar Ho Chi Min.Jom perut pun dah lapar..kami membawa bekalan yang telah dibekalkan oleh Restoran Hajah Basiroh nasi lemak dan mutabak mini yang sedap giler. Sambil makan sambil berposing hihihi. Kat restoran tu tak halal ..so kami hanya membeli air  ye la.

So setelah selesai., kami beredar dari situ kami ke Pulau Lebah lak. Kat sana boleh la tgk lebah-lebah dan boleh merasai madu di sana. Selesai kesana kami di bawa menaiki sampan..ala vietnam lagi...first time ni nak sampai takut jatuh lak. tapi sampan tu hanya muat untuk 4 orang ye... pilih badan agak jgn pilih yang sama brand ..hahaha..jgan marah. Setelah selesai naik sampan dan jgan lupa tip untuk tukang kayuh sampan ya. Amoi comel2..hahaha...comel ka... setelah selsai mendayun sampan dek ke muara kami singgah ke dusun buah-buahan sambil mendengar lagu-lagu nyanyi asli vietnam entah apa kebendaan....sambil memakan buah-buahn yang telah dihidangkan....jika berminat boleh singgah ke gerai2 jualan kraftangan. Apabila selesai membeli belah di situ...aku and che kiah geng kembali ke bot untuk balik ke pangkalan Jeti Sungai Mekong...sambil layan tgk keadaan sekeliling. Turun ye bot ada lgi adegan membeli belah sampai bus yang kami naiki terpaksa menunggu gara-gara geng che kiah membeli belah lagi.

Dalam bus masing-masing keletihan dan ada yang tidur tidak sedarkan diri lagi..hahaha...perjalanan masih jauh lagi untuk sampai ke Bandar Ho Chi Min City.... Pada tepat jam 4.30 petang kami pun sapai dan balik ke hotel untuk solat zhor dan asar dulu sebelum sambung untuk shopping lagi. Tapi kali ni hanya sebahagian geng che kiah saja yang ikut kerana ramai yang tak sanggup jalan lagi almaklum kebanyakkan keletihan belum habis. So kami berkumpul lebih kurang 5 orang saja untuk pergi ke melihat Post Office Lama yang masih beroprasi sehingga hari ni. Punya laju jalan kami semua..sapai sesat2 hahahaha..punya la lawak..last-last jumpa minah vietnam yang boleh cakap orang putih yang bagi tau jalan untuk kami sampai ke sana. Alhamdullilah sampai jugak akhirnya dengan penat lelah berusaha untuk spai ke sini untuk mengambil gambar buat kenang-kenagan. Wah letih jgk nampknya. Rehat sebentar sambil ambil panorama bandar Ho Chi Min dan bergambar-gambar. Setelah selesai gambar kami memulakan perjalanan balik ke hotel....konon minah....bukan hotel sambung shopping Pasar Malam Ben Thanh kerana keadaan dah agak gelap so geng che kiah ambil keputusan berpecah dan ada yang gi shopping tk bhabis2 macam aku la . Almaklum la malam terakhirkan di sini. So cari barang2 yang belum dapat la. Segala Plaza kita orang naik ..hihihi... kami shopping sampai jam 12 malam untuk menghabiskan waktu dan duit dong yang masih ada di tangan. Jom kaki dah penat boleh balik mandi dan tidur . Tapi sebelum tu masa untuk mengemas beg esok dah mau pulang....alah tak dapat shopping lagi...sempat lag sebab flight kul 2 pm. Selesai mengemas jom tidur...beg dah selamat packing...aduh dari satu dah jd 3 ..4 biji. hahaha...



Taklimat dan ceta pasal Sg Mekong


Wah ramainya


Amboi pelancong ni sakan nampak...ada line ke tu



Pelabuhan pertama Coconut Islands


Gambar-gambar yang dijual









Kenangan bersama lukisan








Jeti Utama Coconut  Islands










Kuih-kuih dan manisan




Minum madu


Madu 






Lebah







First time naik sampan








Hari Keempat 25 Jun 2013

Aduh dah hari terakhir nampaknya.....suka sangat sebab dah nak balik....My home country...bangun pagi dan breakfast terakhir di Kedai Hajjah Basiroh dan ronda2 disekeliling sementara menunggu masa jam 11 pagi untuk bertolak. Gi kedai tailor ambilkan blaus yang telah siap. Rupanya pandai mereka buat sedap pakai la. Aku bersama Geng Che Kiah sempat lagi meronda di Pasar Ben Thanh untuk shooping terakhir sebelum berlepas pulang ke Malaysia. Minum kopi yang segar terasa rindu sangat la selepas nih., tak dapat lagi minum kopi yang fresh gitu. Apabila selesai sudah tugas-tugas terakhir shopping. Geng Che Kiah pulang semula ke Hotel bersiap sedia untuk bertolak....bell boy hotel tolong kami panggil teksi dan mengangkat semua barang kami yang agak setengah lori traller tu...hahahahah...

Disepanjang perjalanan dapat melihat kehidupan warga vietnam yang rajin mencari duit dan beribu-ribu motor. Hahaha....Selamat la kami semua dampai di airport. Sementara menunggu kaunter bagasi buka...kita orang ronda dalam airport dulu sambil posing. Apabila telah selesai semua bagasi di hantar masuk...lega kastam pun check dgan mudah tanpa banyak soal...Alahamdullilah...hhihi...selamat kami berlepas balik ke Malaysia.

Tepat jam 4.30 petang Geng Che Kiah selamat mendarat di Lapangan Terbang LCCT. Setelah selesai urusan imigration dan kastam . Solat dan makanan apa yang patut. Hihihi tunggu pulak penerbangan seterusnya ke Alor Setar pada jam 7.30 malam. Selamat tiba di Airport Sultan Abdul Halim, Kedah....salam-salam masing-masing semua pulang ke pangkuan keluarga yang dah tungu di luar....Alhamdulilah dengan rezeki yang allah bagi semua selamat pergi dan balik. Insyallah kita bertemu di travel akan datang.  








Tiada ulasan:

Catat Ulasan