27 Mei 2015

Malaysia Airlines System Dihati Kami Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sementara menunggu  azan zohor sempat aku menaip sedikit di blog kesayangan yg dah lama bersawang.

Kenapa la malas nih cik linda ooi. Ceta banyak nak di kongsi kan. Tapi hang duk sibuk pasal NECK ye setiap hari. Aku di sini di lupakan lak.

Hihihi...biasa manusia kan jika ada sesuatu barang baru tu kita mesti teruja sangat. Al maklumlah nak kurus...so kena usaha dan tingkat lebih la. Kalau tk usaha mana mai hasilnya.

Alhamdulillah hasilnya amat memberangsangkan. Usaha akan di jalan dan diteruskan sehingga mendpt hasil nya wow..wow...itu kata abang ketak...hihihi..

Back to story mory kita..

Kisah penerbangan  mas yang akan membuang ramai staffnya yang begitu berkaliber dan berpengalaman yang amat luas.

Bila dengar ceta nih terdetik ingin memberi tahniah buat staf2 yang begitu berpengalaman. Pengalaman anda sangat2 dihargai.

Aku mengenali penerbangan MAS sejak dari kecil lagi. Semenjak arwah baba dan arwah mama masih ada. Aku dibawa menaiki MAS sewaktu aku masih kecil lagi. Memandangkan ibu aku sering berulang alik ke Singapura melihat keluarganya di sana. 

Aku ingat Airport Kepala Batas,  Alor Setar adalah penerbangan ku yang pertama ke  Kuala Lumpur...Kelantan dan beberapa buah negeri lagi.

Sejak dari kecil aku melihat setiap hari pesawat MAS yang terbang memandangkan Airport dari rumah aku hantar lebih kurang 1 or 2 km saja.

Jadi perkara biasa bagi kami di sini.  Aku sering menggunakan ia dan pesawat lain jugak untuk segala destinasi pengembaraan aku dari kecil hingga lah sekarang. 

Yang paling bestnya tahun lepas aku dapat menunaikan Umrah bersama suami, anak dan keluarga mertua serta kakak2 ipar duaiku menaiki MAS dari Airport Sultan Abdul Halim ke KLIA. Seterusnya dari KLIA ke Jeddah.

Layanan yang paling istimewa walaupun setiap masa mereka terpaksa melayan setiap karenah penumpang yang berada di dalam pesawat selama 8 or 9 jam menuju ke Jeddah.

Tanpa mengeluh atau bermasam muka hanya tersenyum dan menanyakan ada aku atau keluarga aku memerlukan bantuan dari mereka.

Setiap pertanyaan dijawab dengan begitu lemah lembut dan senyuman walaupun ada yang bukan islam.


Inilah flight yang kami naik iaitu MH 150 dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada 10 Disember 2014 dan MH 151 dari Jeddah ke Kuala Lumpur pada 20 Disember 2014. 

Manakala flight MH 1203 dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada 10 Disember 2014 dan MH 1252 dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. 

Alhamdulillah syukur sgt sebab flight MAS yang kami naik tiada menghadapi sebarang masalah . 

Terima kasih buat flight attendant yang bertugas utk flight tersebut kerana melayan anak saya dan sanggup menyimpan makanan ketika anak saya tidur. Dan memberi setelah ia jaga. 

Terima kasih yang tak terhingga kerana membawa kami jemaah umrah begitu ramai utk membuat ibadat. Hanya allah yg dapat membalas jasa kalian..

Kerana dengan izin allah dan allah memberi kenderaan yang sempurna buat kami sekeluarga untuk hadir ke sana membuat ibadat.  Syukur alhamdulillah. 

Syabas MAS.

SAPA SUKA MAKAN DAGING ???

Mesti ramai orang suka kan :)

Saya pun suka makan daging.

1 gram protein sama dengan 4 kalori. So secara tidak langsung 500 gram daging yang kita beli kat market mempunyai 2000 kalori.

Itu raw meat la kan ..... Kalau dah masak kot gulai atau kurma akan bertambahla kalori daging itu.

Tapi tak la kita nak makan sampai 500 gram daging kan !!!!

Just nak kongsi sedikit maklumat pemakanan mengenai daging

Ok 1 ketul daging dendeng sebesar saiz kotak mancis dengan berat 35 gram mengandungi 125 KALORI.

2 ketul daging kambing kurma dengan berat 80 gram mengandungi 120 KALORI.

1 senduk daging masak hitam dengan berat 90 gram mengandungi 145 KALORI.

Daging kambing goreng 2 ketul dengan berat 80 gram mengandungi 220 KALORI. Tinggi sikit kalori sebab GORENG.

Ok ini serba sedikit la maklumat pemakanan dan kalori daging.

So x salah kan nak makan daging. Dalam NECK peserta di ajar untuk makan mengikut pengambilan kalori harian yang betul.

Yang penting kita perlu makan ikut DCR kita, keperluan kalori harian.

Tahu dak cara nak kira DCR tu?!!

Anda boleh pm saya jika ingin tahu defisit kalori anda.

TURUN 9 KG DALAM MASA 2 BULAN

Boleh percaya ke. Macam tipu ye.

Inilah penangan Now Every Can Kurus (NECK). Ramai yang dah angkat kaki sebab tak tahan dengan penurunan yang menakjubkan.

Biar betul.

Makan 5x sehari takkan la boleh turun sebegitu banyak. Saya sendiri pun tak percaya.

Tapi nih la hakikatnya. Penangan NECK sangat berbahaya dan mengancam semua orang.

Telah terbukti dan berkesan.

Saya adalah peserta NECK Batch 3 dan kami di Neck telah membuktikan bahawa kami mampu turunkan berat badan.

Tak jeleous ke kawan2. Tak kan tgk ye.

Linda
Peserta Neck
0196205911

26 Mei 2015

Result Peserta Neck Batch 1

Result Peserta Neck Batch 1 Selepas 100 Hari - Jom Tengok Perubahan Pada Mereka!

http://everyonecankurus.blogspot.com/2015/05/Results-peserta-neck-batch-1-selepas-100-hari.html

04 Mei 2015

Bestnya Lecithin - Agen Pemecah Lemak

Suplemen 'Pemecah' Lemak!

Seronok pula saya berkongsi kebaikan suplemen Lecithin ini. Lecithin ni bukan setakat suplemen untuk me'reduce' inches di tubuh, malah sesuai bagi mereka yang bergelar student (digabungkan dengan vitamin B Complex).

Now, jom kita baca fakta-fakta mengenai khasiat Lecithin ini.

Lecithin bertindak sebagai pelarut utk kolesterol, triglycerides dan lemak-lemak yang lain.Sebab tu ia membantu mencegah penyakit-penyakit seperti high blood pressure, stroke,heart disease, arteri yg mengeras. Malah sesetengah pakar mengesyorkan pengambilan up to 6000 - 7000mg sehari jika berhadapan dgn masalah kesihatan yang sebegini.

Kenapa org yang nak kurus suke Lecithin? Sebab ia bertindak mengemulsikan lemak (ayat simplenye .. ianya memecahkan lemak).

Tahukah anda? 

Lecithin mampu membakar lemak lebih cepat jika disertakan dengan senaman yang bersesuaian. Pengambilan Lecithin 4000mg sehari pasti membuahkan hasil yang diidamkan.

Lecithin memainkan peranan utama dalam penyerapan zat-zat penting dari saluran darah ke dalam sel2 badan tanpa Lecithin yang mencukupi, membran sel akan mengeras dan seterusnya menyukarkan proses penyerapan.

Banyak faktor seperti bahan-banyak kimia dari persekitaran yg tercemar,bahan2 metal, dadah, food additives, pesticides, etc .. semuanya menyebabkan membran sel mengeras yang mana pastinya menyukarkan proses penyerapan zat2.

Jadi dengan menambahkan pengambilan Lecithin sebagai pemakanan tambahan harian, pasti ianya keputusan yg bijak.Lecithin membantu mengurangkan atau mencegah penyakit berkaitan hati.

Lecithin merupakan sebahagian dari unsur yang mengelilingi fiber saraf.

Tanpanya,fungsi saraf ni kurang efisien. Sebab tu mereka2 yang menderita akibat multiple sclerosis, fibromyalgia, tekanan, PMS, dapat merasakan kesan yang positif apabila mengambil

Lecithin.Lecithin membantu sistem imunisasi dengan membalut sel darah merah kita dan seterusnya memberi perlindungan dari serangan virus,germs,bakteria. Di samping itu, struktur Lecithin itu sendiri melindungi sel dari teroksida.

Lecithin juga dikenali sebagai makanan otak dan saraf. Ia membantu sel otak berkembang, penting dalam transmisi saraf impuls dalam otak dan memainkan peranan dalam neuro transmitter(berkaitan short term memory).

Lecithin dipercayai mampu mengurangkan atau mencegah senility (nyanyuk) atau Alzheimer’s disease. Malah sesetengah pakar menyarankan pengambilan 7000mg sehari utk memulihkan sistem ingatan.

Lecithin juga dikatakan sumber hormon neurotransmitter di mana ia menggalakkan proses tidur.Kekurangan hormon ini dikatakan punca insomnia..

Lecithin adalah asid lemak perlu yang penting dalam penjagaan paru2 kerana kebolehannya mencairkan mukus dan mencegah iritasi. Dan sebab itulah ianya berguna bagi2 mereka2 yg ada alergi, hay fever, asma, bronkitis dan emphysema.

Lecithin bertindak sebagai pelincir bagi joint (sendi2) dan membantu dalam penjagaan tisu buah pinggang as well as the sistem penghadaman.

Lecithin adalah zat utk kecantikan .. ianya perlu dalam menghasilkan rambut yg sihat .. cantik berkilat, kulit yang lembut gebu dan juga dalam mencegah eczema.

Lecithin diperlukan dalam penghasilan pelbagai hormon seperti epinephrine. Sebab tu ianya amat berguna dalam mengurangkan atau mencegah PMS dan gejala2 menopause.

Lecithin bersama unsur2 lain digunakan utk membuat BILE .. BILE ni fungsinya plak mencairkan lemak dan .. Pengemulsian ini memudahkan penyerapan zat2 seperti vitamin A,D,E dan K ke dlm badan

Best kan Lecithin ni? So, jangan tunggu lagi. Segera hubungi saya untuk mendapatkan stok Lecithin anda :) 

Sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut, sila berhubung dengan saya melalui :

Email : azlinda151076@hotmail.com

SMS/ WhatsApp :             019 6205911     

Facebook : Nurazlinda Abdul Wadud

Promosi Mei 2015

Umrah Part 3

Assalamualaikum. . .

Aduh lamanya tertangguh bab umrah nih. Dah hampir 5 bulan. Tapi ceta belum siap..

Banyak sgt keje dan kadang2 tak sempat lak singgap kat blog kesayangan nih.

Tapi dengan apa cara aku akan siapkan ceta aku..rugi kalau aku simpan ye..

Setelah berada di Madinah kami sempat  memasuki raudhah sebanyak 3 kali. Itu pun terlalu ramai org. Mlm sebelum aku di bawa oleh kakakku di bahagian depan sekali untuk bersolatbdan berdoa di situ. Keesokan harinya aku jugak sempat memasuki raudhah bersama2 jemaah yang lain. Aku rasa rugi jika tidak ke raudhah. Dengan izinnya aku sempat bersolat di sana dan dapat melakukan solat tahajud. ..solat hajat dan solat2 sunat.


Dihadapan dan di dalam raudhah. Sempat bergambar kenangan. Semoga allah menjemput lagi aku ke sini. 



Malam yang begitu dingin dengan tiupan angin malam di hadapan masjid Nabawi.



Sempat bergambar selepas solat asar. 


Sebelum pulang ke hotel sempat meninjau dan melihat2 kawasan hotel2 di madinah.


Dibawa melawat sekitar masjid nabawi yang masjid letaknya kubah hijau dan di situ lah letak makan nabi Muhammad saw.
tidak lupa jugak berselawat ke atas baginda.


Hari berikutnya dapat melawat masjid quba. Dapat mengerjakan solat sunat.


Hari terakhir di madinah dan membeli sedikit buah kurma dan jubah2 sebelum keesokan harinya  kami akan bersiap sedia untuk berangkat ke mekah dan mengerjakan umrah. 


Kunjungan terakhir dan ucapan selamat tinggal buat nabi Muhammad  saw .
 Ya Allah semoga engkau memberi peluang kepada ku dan keluargaku untuk datang lagi ke madinah. Engkau jangan jadikan junjungan ni junjungan terakhir buat ku. Engkau berikan aku dan keluarga dimurahkan rezeki untuk datang lagi dan beribadat di rumahmu.