27 Mei 2015

Malaysia Airlines System Dihati Kami Rakyat Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sementara menunggu  azan zohor sempat aku menaip sedikit di blog kesayangan yg dah lama bersawang.

Kenapa la malas nih cik linda ooi. Ceta banyak nak di kongsi kan. Tapi hang duk sibuk pasal NECK ye setiap hari. Aku di sini di lupakan lak.

Hihihi...biasa manusia kan jika ada sesuatu barang baru tu kita mesti teruja sangat. Al maklumlah nak kurus...so kena usaha dan tingkat lebih la. Kalau tk usaha mana mai hasilnya.

Alhamdulillah hasilnya amat memberangsangkan. Usaha akan di jalan dan diteruskan sehingga mendpt hasil nya wow..wow...itu kata abang ketak...hihihi..

Back to story mory kita..

Kisah penerbangan  mas yang akan membuang ramai staffnya yang begitu berkaliber dan berpengalaman yang amat luas.

Bila dengar ceta nih terdetik ingin memberi tahniah buat staf2 yang begitu berpengalaman. Pengalaman anda sangat2 dihargai.

Aku mengenali penerbangan MAS sejak dari kecil lagi. Semenjak arwah baba dan arwah mama masih ada. Aku dibawa menaiki MAS sewaktu aku masih kecil lagi. Memandangkan ibu aku sering berulang alik ke Singapura melihat keluarganya di sana. 

Aku ingat Airport Kepala Batas,  Alor Setar adalah penerbangan ku yang pertama ke  Kuala Lumpur...Kelantan dan beberapa buah negeri lagi.

Sejak dari kecil aku melihat setiap hari pesawat MAS yang terbang memandangkan Airport dari rumah aku hantar lebih kurang 1 or 2 km saja.

Jadi perkara biasa bagi kami di sini.  Aku sering menggunakan ia dan pesawat lain jugak untuk segala destinasi pengembaraan aku dari kecil hingga lah sekarang. 

Yang paling bestnya tahun lepas aku dapat menunaikan Umrah bersama suami, anak dan keluarga mertua serta kakak2 ipar duaiku menaiki MAS dari Airport Sultan Abdul Halim ke KLIA. Seterusnya dari KLIA ke Jeddah.

Layanan yang paling istimewa walaupun setiap masa mereka terpaksa melayan setiap karenah penumpang yang berada di dalam pesawat selama 8 or 9 jam menuju ke Jeddah.

Tanpa mengeluh atau bermasam muka hanya tersenyum dan menanyakan ada aku atau keluarga aku memerlukan bantuan dari mereka.

Setiap pertanyaan dijawab dengan begitu lemah lembut dan senyuman walaupun ada yang bukan islam.


Inilah flight yang kami naik iaitu MH 150 dari Kuala Lumpur ke Jeddah pada 10 Disember 2014 dan MH 151 dari Jeddah ke Kuala Lumpur pada 20 Disember 2014. 

Manakala flight MH 1203 dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada 10 Disember 2014 dan MH 1252 dari Kuala Lumpur ke Alor Setar. 

Alhamdulillah syukur sgt sebab flight MAS yang kami naik tiada menghadapi sebarang masalah . 

Terima kasih buat flight attendant yang bertugas utk flight tersebut kerana melayan anak saya dan sanggup menyimpan makanan ketika anak saya tidur. Dan memberi setelah ia jaga. 

Terima kasih yang tak terhingga kerana membawa kami jemaah umrah begitu ramai utk membuat ibadat. Hanya allah yg dapat membalas jasa kalian..

Kerana dengan izin allah dan allah memberi kenderaan yang sempurna buat kami sekeluarga untuk hadir ke sana membuat ibadat.  Syukur alhamdulillah. 

Syabas MAS.

1 ulasan: