28 Februari 2015

Zink Shaklee

Welcome and thank you for visiting My Lovely  Arina here is a place where I share and deliver my thoughts about health, my life and also natural suplemen.

I am Nurazlinda, your Shaklee Independent Distributor at Taman Tunku Sarina, Jitra, Kedah. Delivery throughout Malaysia

💋Shaklee ID: 1102717
💋azlinda151076@hotmail.com
💋0196205911
💋FB: Nurazlinda Abdul Wadud

Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu daripada kesusahan dan kesedihan; aku berlindung kepada-Mu daripada kelemahan dan kemalasan; aku berlindung kepada-Mu daripada sifat pengecut dan bakhil; dan aku berlindung kepada-Mu daripada beban hutang dan kekerasan manusia."

17 Kebaikan vitamin Zink

Sumber asal 17 kelebihan zinc di bwh ini saya petik dari blog Su.. Thanks dear for the info sharing. actually dia cerita tentang masalah rambut gugur beliau..yang bab cerita2 tu.. anda boleh baca kat blog beliau.. Saya sekadar nak kongsi info dibawah...

Sebelum itu tahukah anda bahawa zinc merupakan vitamin yg diperlukan dlm aktiviti metabolisma badan sebagai komponen penting enzim.Ia memainkan peranan penting dlm sistem imunisasi , pertumbuhan dan perkembangan seksual seseorang. Okey sekarang jom baca 17 kelebihan zinc 

Penjagaan Kulit: Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

Ekzema: Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

Jerawat: mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

Penyembuhan luka: Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

Gangguan Prostat: Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.

Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

Mengandung: Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

Pembiakan: Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

Fungsi Biologi: Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

Jangkitan: Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

Antioksidan: Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

Aturan Enzim: Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

Kanser: Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

Kelesuan Kronik: Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

Botak: Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

Kehilangan tulang: Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

Buta Malam: Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

Berapa banyak zinc yg anda perlukan? 
Sila rujuk jadual dibwh.
Birth to 6 months

2 mg

Infants 7–12 months

3 mg

Children 1–3 years

3 mg

Children 4–8 years

5 mg

Children 9–13 years

8 mg

Teens 14–18 years (boys)

11 mg

Teens 14–18 years (girls)

9 mg

Adults (men)

11 mg

Adults (women)

8 mg

Pregnant teens

12 mg

Pregnant women

11 mg

Breastfeeding teens

13 mg

Breastfeeding women

12 mg

Anda berminat nak cuba suplemen zinc dari jenama Shaklee?

 
Nutrition Fact: Sebiji Zinc Shaklee membekalkan 15mg (100%) keperluan harian dan 115mg Calcium (12% daripada keperluan harian). dan oh ya Zinc bukan sahaja membantu menguatkan kutikel rambut tetapi ia dapat meningkatkan daya ingatan dan tempoh penumpuan*

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


20 Februari 2015

KATAKAN TIDAK PADA JANTUNG

4 Langkah Untuk Jantung Sihat
===============================

Siapa yang memerlukan ☺

Kenapa perlu suplemen ☺

Apakah fungsinya ☺

Apakah kebaikan jika mengambil ☺

Adakah ia berkesan ☺

Adakah ia memudaratkan anda ☺

Jika ingin tahu semua tu..jangan malu2 pm saya...insyallah saya akan menjawab pertanyaan anda ☺

Sebelum penyakit jantung mendekati  anda sila elakkan daripadanya ☺

Bersedia sebelum terjadi ☺

" KATAKAN TIDAK PADA PENYAKIT JANTUNG "

Saya sedia membantu
☺☺LINDA☺☺
☺0196205911☺

13 Februari 2015

Meriah oh Meriah


Penangan Basic H

Ramai sungguh yang tertanya tanya apa benda tu.

Mai nak ceta sikit.

Basic H nih adalah pencuci No. 1 dalam Product Shaklee yang memberi keputihan berganda jika anda mencuci baju2 yang putih seperti baju2 sekolah anak2 dan jugak kasut sekolah.

Selain daripada itu Basic H jugak boleh membersih lantai atau dinding yang diconteng oleh anak2.

Periuk yang hitam jugak boleh dibersihkan dengan menggunakan Basic H.

Jika anak2 sering deman dan panas tak nak turun boleh mandikan anak tersebut menggunakab Basic H.

Boleh katakan semua keperluan boleh ditanggalkan dengan menggunakan Basic H nih.

Ia diperbuat daripada bahan organik dan tumbuhan semulajadi. Dan tidak menggunakan bahan kimia. Ia jugak tidak merosakkan tangan anda. Ia selamat digunakan.

Semalam baru ambil 20 botol. Habis macam goreng pisang panas. Ni kena order lagi....

Jika ada yang berminat boleh pm atau WhatsApp saya.

Linda
0196205911

09 Februari 2015

KAKI PECAH

Tak perasan kaki mula pecah sekarang.

Sakit la bila berjalan akibat pecahan pada tumit kaki.

Ada tak ubat untuk rekahan tersebut.

Sekarang musim panas...angin...org utara kata musim timur habis pecah kaki.

Ini yang terjadi pada setiap orang lelaki dan wànita.

Dah banyak lotion dan ubat untuk sembuhkannya tapi tak hilang jgk.

Apa kata kita try Herbal Blend lak..mana la tau mungkin berkesan.

Alhamdulillah memang mujarab dan berkesan.

Saya dah cuba ...anda bila lagi..

Linda
0196205911

08 Februari 2015

Pencuci Ajaib No. 1

Assalamualaikum  dan salam sejahtera 

Penat menyental kasut anak-anak yang sangat kotor..Jom cuba Basic H cecair organik yang dibuat dari extract kelapa dan jagung tanpa merosakkan kulit.

Rendam kasut sekolah dan titiskan Basic H beberapa titis..Biarkan dalam masa 30 minit sebelum  diberus.

Ia pekat dan tahan lama.Sesuai juga untuk mencuci kolar baju yang berdaki.

Selain kasut ..baju..Basic H jugak boleh mencuci puting botol ... dapur kembali berkilat dan dinding rumah yang diconteng oleh anak2.

Harga RM46.00 sahaja 
Berminat boleh hubungi 0196205911 atau boleh emailkan kepada 

azlinda151076@hotmail.com

Hilangkan 14kg dengan Lecithin Shaklee

Assalamualaikum. .....

~ Hilang 14KG dgn Lechitin Shaklee !! ~

Wooo....wooo....wooo...betul ke...

Apa yg best sgt psl lechitin ni?? teruskan pembacaan anda yaa...mungkin ader di kalangan pembaca2 blog saya ni,benar2 inginkan berat bdn yg ideal dgn cara yg sihat...( tnpa mengambil sbrg jenis pil2 pelangsing)

 CREDIT TO IBUHAKIMHAIKAL YG TELAH BERJAYA MENDAPAT BERAT BDN YG IDEAL...:)

JOM KITA IKUTI KISAHNYA:-

Ini lah saya sebelum dan selepas (sekaranglah tu)..

Saya mula sedar yang badan naik sejak anak ke 2 saya berumur 6bln..selera makan membuak2..dan badan juga bagai dipam2..lagilah saya ni menyusukan anak sepenuhnya dengan susu ibu, saya tak boleh nak diet beria2..jadi saya bedal je apa makanan yang terlintas difikiran ni nak makan..yang sangat sedihnya bila seluar Jeans saya yang saiz 34 tu dah tak muat lagi..huhu…

Jadi saya mula berazam nak muatkan semula seluar Jeans yang saiz 34 tu..sebab saya sayangkan seluar tu..dan tambah lagi saya sayangkan badan saya yang slim masa anak dara dulu..ceh..slim ke..haha..

Jadi jom saya sharekan apa yang saya buat bermula dari bulan 3 tapi yang betul2 dietnya dari bulan 6 ni lah..

- Saya kurangkan makan Nasi. Mula2 makan dalam jumlah yang sedikit..ada juga beberapa bulan saya tak sentuh nasi dalam 2 bln macam tu lah..memang susah nak biasakan tapi lama2 saya jadi terbiasa..

- Saya kurangkan minum air manis terutama sekali minuman dalam tin. Gula dalam minuman tin tu sangat tinggi tau..

- Saya kurangkan fastfood. (No KFC, No Pizza)

- Saya bersenam dalam rumah je..senaman ape yang saya buat ye..saya skipping dan saya main hullahoop yang gelung rotan gelek2 kat pinggang tu lah..  memang berpeluh..mula2 saya digelakkan oleh anak2 dan suami..huhu..

- Saya mula AEROBIC kat Tmn Pulai Perdana JB dah dekat sangat dengan rumah..baru mula 2 bln..saya ambil program “Shape Your Body”..buat ape dengan program ni..sebab saya perlu untuk saya bentukkan semula badan saya yang dulunya gemok dengan beraerobic..memang terbaekkk..

- Saya banyakkan makan sayur dan makanan yang kurang kalori seperti meehoon sup..mula2 memang tak seleralah nak makan tapi “alah bisa tegar biasa”..

- Saya banyakkan minum AIR MASAK..sebab air masak juga membantu untuk meningkatkan metabolisma badan kita..

- Saya KAWAL NAFSU MAKAN saya yang dulunya sangat suka makan makanan yang berlemak seperti masak lomak cili api..haha..maklumlah saya orang N9..

- Saya menjalani PROSES DETOX dengan HERB-LAX SHAKLEE..sebab untuk kuruskan badan wajib menjalani proses penyikiran toksin dalam badan dahulu supaya mudah untuk proses penyerapan vitamin berlaku..maklumlah dah hampir 30 tahun hidup perut ni pun dah macam2 terima jenis makanan..

- Saya ISTIQAMAH makan LECITHIN SHAKLEE sebab ia membantu untuk saya dapatkan berat idaman saya..dan juga kalau dulu saiz jeans 34 pastu 31 dan sekarang dah saiz 29..macam tak caye je..tapi kene percaya… 

Memang lambat untuk saya daptkan berat ideal dengan ketinggian saya dan ambil masa yang lama juga..tapi dek NEKAD dan AZAM saya teruskan juga..seiringlah dengan USAHA..bukan angan2 je..berat saya masa pakai baju oren kat atas tu lebih kurang 74kg..BMI terlebih berat badan..saya cuma nak dapatkan berat ideal je..dan sekarang berat saya lebih kurang 60kg..BMI berat normal..tinggi tak lah tinggi mane pun 159cm..rasanya dah cukup kot berat takat ni..xmo kurus lagilah sebab banyak baju lama dah tak boleh pakai kene kecikkan..huhu..

SABAR adalah kunci utama untuk DIET ni..sebab badan nak ambil masa sehari untuk gemok dan juga badan tak ambil masa sehari untuk kurus…biar lambat asalkan selamat..jom saya sharekan info produk Shaklee yang boleh anda pilih untuk DIET..Ianya cuma saranan..terpulang pada anda dan juga bajet ye..tiada paksaan..

Dan satu lagi kalau nak kurus ni kena ingat. Amalan lain kita kena jaga juga. Makanlah Lechitin atau Cinch Shake berbakul2 tapi kalau kerjanya hari2 duk melepak depan TV sambil kunyah potato chip, jangan haraplah nak jadinya. Hati kena kering, semangat kena kuat.

Saya pula sangat gembira sekarang. Baju-baju tak payah berkira, boleh je main sambar. Seluar pun makin longgar.

Tapi… Kena ingat, biar lah kurus atau tembam asalkan sihat!

 CREDIT DARI CPM HONEY NUR HAZLIZA DAN INI PULA KISAH & CARA BERDIET
(Hilang 26kg !) 

8 & 9 bulan pregnant berat bdn saya 85kg...mmg agak ngeri jugak laa tp kalau nak fikir2 kan sgt,mmg kita akan jd stress...of cource stress sbb bdn ni nak pakai lama so x kan la nak biarkan ianya terus gemuk tnpa sbrg usaha utk kecilkan smula...

After saya bersalin,saya nekad jalani 1 diet yg sihat supaya saya dpt berat bdn yg ideal...saya mmg x mudah percaya dgn sbrg pil2 pelangsing yg melambak2 jual kat pasaran tuh...sbb bg saya,biarlah lmbt turun berat ni janji ianya slmt utk saya dan baby sbb saya still bf kan my danish ieman...

Dan salah satu cara yg saya buat,saya mengamalkan pengambilan Lechitin...saya ambil 6 biji sehari, 3 biji after lunch dan 3 biji lg after dinner jam 6 ptg...mmg ketika dlm proses berdiet,saya mmg banyakkan minum air 2-3 liter air sehari agar proses pembuangan toksin berjalan dgn baik & lancar...

Itu adalah cerita2 dan kongsi rahsia mereka yang telah mengamalkan lecithin.

Saya juga dah mula berdiet kerana berat badan dah naik hingga 90kg....mak aiii berat yang tu...laki aku pun dah terkejut berukkk...

Tekad 2015 nak diet aku memulakan dengan langkah baru demi kesihatan aku.

Aku memulakan dengan pengambilan lecithin 5 biji pagi dan 5 biji petang. Setiap hari mengamalkan minuman cinch  dan alfalfa (ratu atau raja segala vitamin). Selang sehari aku ambil herb lax untuk membuang toksik dalam badan yang terkumpul.

Alhamdulillah baru sebulan lebih berat badan aku dah tinggal 86kg...

Tapi senam adalah kunci utama. Jangan duduk saja...banyakkan berjalan atau berjogging.

Insyaallah aku akan berjuang sehingga beratku turun 60kg...berat ideal bg ku...huhuhuhu...sabar ya bu linda...insyallah aku berjaya.

Ingin tahu cara saya berdiet seterusnya?? jgn lupa teruskan membaca my blog  sbb saya akan cube kongsikan dgn smua pembaca2 kisah bagaimana saya menurunkan berat bdn saya dgn cara yg sihat...

Kepada yg berminat utk membeli / mencuba Lechitin, sila emailkan saya seperti biasa
azlinda151076@hotmail.com
atau boleh whatsapp/sms saya 0196205911

Lechitin RM52.50...

Kepentingan Lecithin :
Asasnya, lecithin berfungsi sebagai 'pemecah lemak' (fat emulsifier). Lecithin didapati daripada tisu haiwan dan tumbuh-tumbuhan seperti jagung, telur dan kacang soya.

Kandungan Lecithin :

Asid Linoleik (essential fatty acid) – amat diperlukan oleh badan. Tapi badan kita tidak boleh menghasilkannya, jadi ia perlu diambil melalui diet harian .Kolin – satu komponen neurotransmitter.Asetikolina – bekal biokimia untuk penghantaran mesej di dalam otak & sistem saraf.Inositol – sebagai komponen utama membran / selaput sel dalam tisu di seluruh badan.Kegunaan Lecithin :

PALING UTAMA

Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).Membantu kawal paras triglycerides.Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat di pembuluhan-pembuluhan darah.Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

PENTING UNTUK FUNGSI OTAK

Acethylcholine penting untuk fungsi otak - berfikir, ingatan, konsentrasi, menentukan kita berdiri, berlari, makan, bercakap, tidur, penghadaman dsb.Acethylcholine merupakan sejenis neurotransmitter yang terlibat dalam penerimaan, penyimpanan dan penghantaran maklumat yang betul ke otak. Jika bekalannya cukup, maka fungsi-fungsi ini dapat dilakukan. Jika tidak fungsi itu akan tergugat. Acethylcholine dihasikan dari cholin. Cholin mudah diperolehi dari lecithin.Lecithin meningkatkan bekalan cholin dan acethylcholine – kerana 30% otak adalah terdiri daripada lecithin, manakala 70% lemak di hati (liver) adalah lecitin.

UNTUK KAUM TUA

Lecithin amat diperlukan bagi mereka yang uzur oleh sebab angin, stroke (angin ahmar) dan sakit-sakit yang biasa dialami oleh kaum tua.Mengurangkan berlakunya masalah pembuluhan tersendat yang menjadi punca darah tinggi, sengal sendi, sejuk kaki dsb.

UNTUK PENGHADAMAN

Lecithin diperlukan untuk menghasilkan bahan kimia yang dipanggil bile daripada kolesterol. Bile amat penting untuk proses penghadaman

UNTUK SEL

Lecithin penting untuk mengangkut, menghantar bahan-bahan lemak dari makanan ke sel-sel.Choline & lecithin menguatkan selaput sel-sel neuron dan semua sel-sel tubuh badan kita

UNTUK KESIHATAN KARDIOVASCULAR (SISTEM JANTUNG)

Fungsi utama lecithin adalah sebagai “Fat Emulsifier “ ia amat penting untuk perlindungan sistem jantung.Kepada mereka yang nak kuruskan badan, atau kepada mereka yang banyak menggunakan otak (student contohnya), amatlah digalakkan mengambil Lecithin ni sebagai makanan tambahan. Lecithin juga selamat diambil oleh ibu-ibu yang menyusukan anak... 

iklan jap : kita ada yang bermasalah kulit boleh dapat vitamin E baik untuk semua peringat umur.

syukur alhamdulillah, kini saya tahu apa rahsia untuk hilangkan masalah berat bdn...:))

kpd yg masih tercari2 produk apa yg sihat dan bgus utk turunkan berat bdn,sila email saya terlebih dahulu yaa...selamat mencuba...

Saya mencuba untuk diri sendiri dan kesannya amat memuaskan dan produk shaklee adalah  selamat digunakan.

Selamat mencuba !!! :))

06 Februari 2015

UMRAH PART 2

Assalamuailaikum buat semua......

Sebelum aku mulakan cerita Al Fatihah buat abang iparku Mohd Fuad Bin Zainon yang baru kembali ke rahmatullah pada 10 Jan 2015. Semoga rohnya dicucuri rahmatnya. Arwah jugak turut serta dalam umrah ini. Semoga isteri dan anak2 beliau tabah dengan pemergiannya. Semoga allah telah mengampun dan memberi tempat yang paling mulia buatnya.



Al fatihah.......

Sambung Umrah dari Part 1

Kami selamat tiba di King Abdul Aziz Jeddah Airport, Saudi. Alhamdulilah syukur sgt kerana diberi peluang dan dijemput menjadi tetamunya. Rasa sebak yang tidak terkata, hanya allah sahaja yang tahu perasan setiap ahli rombongan umrah pada kali ini.

Sebaik tiba di Jeddah, kami dikehendaki beratur mengikut muslimah dan muslimat. Satu kejadian dan dugaan pertama telah berlaku. Passport salah seorang Jemaah kami telah diambil oleh askar yang bertugas di Airport tersebut. Kami terpaksa memohon dan menerangkan keadaan sebenar sebelum anggota askar tersebut memulangkan balik passport tersebut. Beliau berkata Jemaah tersebut tidak mengikut arahan. Sebenarnya Jemaah tersebut baru sahaja spai dan masuk ke airport kerana beliau terpaksa membawa ibunya yang duduk di atas kerusi roda. So lambat la sikit pergerakkan dia yang membuat askar tersebut benggang dan satu patah English pun askar tersebut tidak faham. Dugaan pertama buat kami semua. Sabar dan memohon kepada allah supaya allah memudahkan lagi urusan kami semua.

              

Semua jemaah umrah beratur dan mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Immigration Atab Saudi. Alhamdulillah jemaah wanita selesai masuk untuk mengambil segala bagasi setelah dicopkan passport oleh pegawai Immigration. Masalahnya jemaah lelaki belum muncul2 setelah hampir 2 jam. Aku pun berurusan dengan abang aku yang sedang menunggu kami di luar. Rupa-rupanya jemaah lelaki diberi keutamaan kepada warga emas so kena tgu laaa. Terpaksa tgu hingga mereka selesai. 

Sementara menunggu mereka kami sempat bersolat  jamak maghrib dam isyak dulu. Lama jugak kami.menunggu mereka, apabila mereka keluar dari pintu Immigration terus mereka ke ruang solat. Sementara itu abang yang menguruskan jemaah ini memaklumkan bahawa bus sedia menunggu di ruang hadapan. 

Apabila setelah selesai semua kami ke bus untuk membuat perjalanan ke Madinah. Sebelum tu sempat la bertukar duit yang telah disediakan oleh kakak aku dan membeli sim kad arab untuk kegunaan semasa berada di Madinah dan Makkah untuk berhubung dengan anak2 di malaysia dan jemaah yang ada di sini.

Dengan bacaan doa perjalanan kami memulakan perjalanan dari Airport Jeddah ke Kota Madinah yang mengambil masa lebih 5 hingga 6 jam perjalanan. 

Kami singgah di suatu tempat untuk membeli makanan dan minuman. Sambil2 menghirup udara sejuk di luar bus. 

Aku suami dan anak tak makan pun sebab kakak aku dah membuat sedikit bekalan ringan buat kami dan jemaah lain. Hanya membeli air untuk minum sahaja.

Kami meneruskan perjalanan ke Kota Madinah di waktu malam yang dingin lagi sejuk. Sekarang kat madinah 15°Celsius. Sejuk tu. Hidung mula berdarah dan mulut kami mulai pecah disebabkan cuaca yang agak sejuk.

Masing2 mengambil kesempatan tidur seketika sementara untuk sampai di Madinah. 

Tepat jam 3.30 pagi kami sampai di Hotel Al Eiman Taibah Madinah. Aku bersama ahli jemaah lain menurunkan beg dan berdaftar untuk masuk ke hotel. Sementara kakak aku tolong  checkin kan bilik2 untuk semua jemaah. Aku sempat melihat keadaan  sekeliling dan suasana sebelum masuk waktu subuh orang berpusu pusu ke Masjid Nabawi bagi mengerjakan solat subuh. 

Apabila selesai sahaja check in bersama jemaah lain aku dan jemaah lain bersiap sedia untuk ke Masjid Nabawi untuk mengerjakan solat subuh dan solat sunat kesyukuran kerana allah memberi keizinan untuk datang menziarahi makam rasullah. 

Hati begitu sayu tatkala mengenangkan nasib dan rasa bertuah kerana allah menjemput menjadi tetamu yangvpaling istimewa yang tidak pernah aku rasa sebelum ini. Hanya allah yang tahu betapa gembira dan bersyukurnya aku dengan izinnya aku menjejak kaki di Masjid Nabawi. 

Aku bersama Nur Arina Iffah di bawa ke hadapan dan duduk di bawah kubah yang boleh melihat langit. Ya allah aku dan arina bersyukur sangat kerana allah mahu aku berada di situ dan tempat di hadapan sekali untuk aku bersolat subuh dan solat sunat. Tak tergambar perasan ketika itu hanya air mata sahaja yang mengalir tanda kesyukuran. 

Walaupun anak aku arina yang beliau tidak mengerti apa2 tentang umrah mahupun ziarah tetapi dia lah yang paling bersemangat untuk solat bersama2 dan sentiasa tersenyum kerana gembira kata dapat masuk dalam masjid nabawi. Ustazah dan cikgunya pesan suruh doa banyak2. Alhamdulillah dia dapat membuat dan membaca selawat ke atas nabi Muhammad SAW. 



Sempat bergambar setelah selesai solat subuh dan solat zohor.  Masing2 dengan penuh kesyukuran dapat hadir ke Masjid Nabawi. Terasa tenang sekali bila berada di sini. 


Setiap waktu kami tidak lepas peluang untuk mengambil gambar kenangan di hadapan Masjid Nabawi.


Pintu Masjid Nabawi yang begitu cantik sekali diabadikan.



Memasuki Raudhah pada pukul 11 malam ketika tidak ramai orang. 

Dapat berada di hadapan sekali dan berdoa serta bersembahyang di barisan hadapan.

Dapat menziarahi makam rasullah. 

Selawat serta salam daripada diri sendiri dan rakan2 yang menyampaikan salam pada rasullah
Al fatihah

Kenangan bersama arwah.

Akan disambung dalam part 3. Tguuu